Wednesday 29 February 2012

phonic c ( visual learning)

oleh kerana semalam danish belajar dengan buku READ EASY phonic..
hari ni ibu ajar lagi dan mahirkan lagi danish dengan sebutan phonic in english..
selesai saja  warnakan kerja semalam yang belum siap..malam ni ibu bagi dia kuatkan ingatan dan berlatih lagi mengecam dan mahir lagi dengan phonic english..jadi ibu bagi melalui visual pulak..
jadi ibu jenguk-jenguk website ni : http://www.starfall.com/



semalam danish dah belajar dengan ibu C and sound keh..
jadi hari ni bila tengok latihan di starfalls..danish dah tak kekok lagi nak sebut c for keh!
hehhehehe..congrat danish...dan danish happy je klik arrow dan ikut arahan seterusnya..

dan lepas selesaikan latihan C (keh)
ibu bagi danish jenguk-jenguk...alphabet A (ae)
sebab kelas kita seterusnya ibu nak kenalkan danish dengan A sebutan phonic..
ni cara ibu selalunya berkesan..
contoh macam baca iqra kan..hari ni baca kaf (ka)..dah habis baca je..terus page sebelah..(yang atas sahaja..huruf baru..contoh lam (la)..sekali atau 2 kali baca)
lepas tu tutup iqra..
esok bila mulakan huruf baru..selalunya dia akan ingat...hehhehe..kerja kita pun jadi senang dan ati kita pun senang sebab dia cepat ingat hehehhe..

ni contoh dan subject yang akan ibu ajar di  kelas english kami akan datang:
vowel A (ae)


danish buat latihan sambil dengar dan sebut..dan mengasingkan capital letter and small letter..



nota:oh lukisan yang dia warnakan nanti ibu upload..belum ambik gambar lagi..hehhhe.dan malam ni dia cerita yang teacher ajar bacaan semasa rukuk dan sujud..alhamdullilah..lepas ni boleh baca dan praktikkan..ibu punya surah hafalan minggu ini adalah surah alfalaq..masih belum lancar sepenuhnya..tapi alhamdullilah alfatihah dan surah al ikhlas danish dah boleh baca..dan masa solat pun danish dah mula praktik..syukur..

ibu juga ingat nak ajar danish ..jawi..fardu ain dalam kelas homeschool kita.insyallah.ibu tengah merangka jadual untuk kita laksanakan..semoga allah beri kita kemudahan ya amin...

dan petang tadi danish dan ibu keluar beli manila kad,board keras,penyepit baju,buku kotak besar dan alatan untuk projek ibu nanti..insyallah dalam minggu ni ibu nak sediakan bantuan/alatan untuk danish belajar matematik dan lain-lain..

Tuesday 28 February 2012

english phonic

petang ni ibu tengok anak ibu macam bersemangat je..jadi ibu cari aktiviti yang boleh
ibu buat dengan anak ibu..
ibu memang dah plan dari semalam untuk nak ajar danish phonic in english
gunakan buku READ EASY (set 8 buah buku,ni pun buku yang ibu hadiahkan masa harijadi danish 1thn) lama tak berusik,bukan apa,ibu keliru jugak macamana nak ajar anak ibu subject english
dan phonic pulak..tapi hasil dari jejak-jejak ibu di blog homeschool yg lain..dan youtube,website ibu nekad cuba jugak..kalau tak mencuba mana tau hasilnya kan..takkan ibu nak harapkan teacher je ajar kan..lebih baik ibu pun cari solution untuk ibu turut dapat ajar danish dirumah 
macam bacaan bahasa melayu,iqra,matematik dan lain-lain..
jadi kita mulakan aktiviti ENGLISH READ EASY dan ibu guna cara ibu untuk buat danish faham..
masalah yang ibu risau..adalah takut danish confuse bacaan,sebutan dalam bahasa melayu dengan english...jadi ibu explain dan ulang banyak-banyak kali..
contoh C..disebut keh in english..so mula-mula danish keliru jugak,sebab dalam b.m disebut ceh..
tapi lama-lama ok..esok ibu ingat ibu nak ulang lagi subjek yang sama..







ni ibu ajar berkali-kali dan tulis di white board..
dan sambil danish pun ikut buat dalam buku tulis..

sebelum mula menulis sendiri C dan sebut keh..
macam-macam cara ibu buat..suruh..jump2 dan sebut keh keh..suruh run run dan sebut keh keh..
heheheh..sebab tak nak bagi dia jemu kan hehhe..
hasilnya happy sungguh dia ikut kelas ibu hari ni hehhee..
dan ibu nampak cara ni berkesan untuk memori anak..

so ni lah hasil nya danish buat dibuku latihan dia..
dia tulis..lukis dan mewarna..
dalam kelas ni ibu sedaya upaya speak english dengan dia..supaya dia tak confuse..

 x nampak pulak huruf c tu kan..hehhehe kamera ibu ni hampeh jugak hehhe
so dia lukis c (keh) for carrot and cup..
esok untuk polish lagi subject hari ni..kami akan ulang lagi..dan suruh danish tulis C (keh) kat bahagian garisan2 bawah tu..supaya dia ingat lagi...


dan kami jugak buat ni untuk danish tampalkan disudut dia tampal hasil kerja dia..yelah..banggakan dia boleh tunjukkan kat ayah..hehehhe anak anak..ape-ape ajelah janji dia seronok..

ni ibu buat 


dan dibawah ni danish buat..
hari ni dia hanya mewarna C tu..dan car tu akan sambung esok pulak..
sebab esok ibu ingat nak ulang lagi kelas english phonic..


 cemerlang sangat kamera ibu kan..kejap gelao sangat..kejap terang sangat hheheh..tu dia mewarna sampai ketap-ketap bibir..ni tadi dia warnakan habis huruf c tu dengan RED colour..tapi ibu tak ambik gambar sebab belum siap semuanya..esok-esok dah siap ibu upload lagi..


macam banyak pulak aktiviti hari ni kan..tapi tengok dia still bersemangat lagi..
lepas maghrib baca iqra macam biasa..dan ibu bagi dia rehat...

dah bagi rehat pun..sibuk ambik buku yg baru dapat tadi..aduhai ibu dah penat..tapi takpelah tengok-tengoklah..bila anak rajin ibu kena bersyukur la..hhehe kalau dah malas nanti ibu pulak yang pening kan...hahha da habis baca tu..ambik pulak buku adam dina..hehhehe..aduh macam makan vitamin..marathon belajar dari tghari smpai mlm!..ibu berhenti melayan dan ibu masak kari ayam..bagi dia makan..dan bagi dia aktiviti bebas..so dia nak buat puzzle..ingat nak kena cari lagi la puzzle tu..minat sangat sampai berkali2 sehari dia bat..



bacaan santai




ibu saja je tuliskan perkataan-perkataan ni di whiteboard sebelum ibu tido malam-malam..
kadang-kadang lepas subuh baru tido..jadi ibu saja tulis,sebab ibu tau anak ibu akan bangun..
pergi keruang tamu..dan baca...

YES..seperti yang dijangka ibu..anak ibu suka nak baca dan tunjukkan pada ayah dia..
ayah kan selalu sibuk,jadi danish biasa la suka ayah bagi perhatian pada dia..
jadi dia baca kuat-kuat...
ayah senyum..dan cakap"very good!,pandai anak ayah"
syukur semua perkataan kat atas tu dia baca dengan lancar..
perkataan ni ibu tukar yang lain pulak bila lepas balik sekolah danish boleh baca santai-santai..hehhe

ibu tau dengan cara bacaan santai macam ni melatih danish jumpa aja apa-apa perkataan
di mana-mana saja..diluar rumah,dijalan raya (papan tanda) dan sebagainya dia akan baca..
ibu ingat aktiviti baca santai macam tu lah ibu selalu buat masa zaman kanak-kanak ibu..
dan ibu ceduk jugak aktiviti berfaedah yg ibu buat untuk ibu serapkan pada danish jugak..

english story book

  yeahhh..dah dapat buku english story book yang ibu order dari sekolah danish.semua buku ni ibu dan danish pilih.banyak pilihan buku yg dalam list teacher bagi,tapi ibu hanya beli 6 buah dulu,tadi masa bawak balik danish happy sangat konon macam nak buat surprise kat ibu hehhehe..ayah senyum-senyum dan pesan.."jadi macam ibu ye danish rajin membaca!" 
    dan nampak ayah gembira sangat tengok anak ibu danish azrimie ambik buku dan belek-belek..semoga tercapai impian ibu nak tengok danish lebih mahir membaca dan rajin membaca..sayang ibu ingat pesan ibu ye..RAJIN MEMBACA  MENAMBAHKAN ILMU!
    
  so ni lah buku yang ibu dan ayah belikan untuk danish..



english story book

build this city
book!book!book!
don't be afraid little ones
the bedtime story book 
big kid shoes
pout pout fish in the big big dark

nota:dia seronok dan susuncantik-cantik kat rak buku yang ibu sediakan...hheheh


Monday 27 February 2012

aktiviti bacaan harian

   ini adalah aktiviti bacaan harian danish mengikut masa yang ada.contoh ada aktiviti luar kira cuti la hehehe,tapi biasanya aktiviti bacaan ni ibu praktikkan hari-hari supaya melatih danish mahir membaca dan minat membaca!

  



bacaan iqra ni memang kalau tak ada apa-apa memang danish akan baca hari-hari selepas solat maghrib dengan ibu.buat masa ni danish dah pandai baca sampai huruf YA.
disekolah pun teacher guna buku ni.teacher akan tandakan dan tuliskan tarikh untuk setiap kali danish baca disekolah.di rumah ibu ulang lagi dan polish lagi bacaan danish untuk memudahkan danish disekolah.malam ni danish baca lagi untuk huruf WAW..dan lancar bacaannya sebab dah habis pun sebenarnya bacaan iqra 1 dirumah.cuma disekolah teacher ikut pada masa yang ada.


dan aktiviti bacaan harian seterusnya (bacaan bahasa melayu)

buku siri bacalah anakku (hehhe buku yg ibu hadiahkan masa harilahir danish yg 1st)


alhamdullilah sebenarnya dah hampir habis buku 4 ni,tapi ibu ulang untuk polish bacaan danish dan mahirkan lagi.ibu lihat ada jugak kadang-kadang danish keliru sebutan BA dengan DA (sebab huruf kecil b dan d tu agak mengelirukan bagi danish)jadi ibu ulang lagi..supaya mahir.hari ni dah baca semua ayat diatas dengan agak lancar..syukur sayang!allah memudahkan..dan melancarkan lisan anak ibu..



BACAAN SAMPINGAN (ikut pada masa yang ada  dan tukar-tukar buku mengikut kesesuaian)



buku SAYA SEEKOR ANAK DINOSAUR..
aktiviti read aloud ni ibu buat dengan danish..mula-mula danish baca..dan ibu ikut..dan buat intonasi suara dan gaya..lepas tu danish pulak buat gaya macam ibu buat..seronok sungguh.buku ni danish pilih..nanti kita beli lagi ye..ada buku ketam,seorang polis,seorang ahli binaan,seekor burung,seekor itik hehhehehe..ibu saja beli sebuah dulu,bagi danish minat baca dan habiskan sebuah dulu..hari  ni danish dah baca page yang ke 4..alhamdullilah.

aktiviti mengemas ruang belajar

sementara ada masa sikit ni boleh lah ibu update aktiviti dengan danish.semalam ibu dan danish kemas kawasan belajar danish.mula-mula ibu pikir nak tempatkan danish belajar di salah sebuah bilik dirumah kita,tapi nanti mesti danish bosan kan dalam bilik tu..so ibu pikir takpa lah ambik space sikit di ruang tamu.


    jadi,ibu alihkan sikit sofa ketepi dan buat ruang sikit untuk danish belajar disitu,boleh letak meja belajar danish yg comel (nanti nak beli yg lebih tinggi dan besar sikit +ada kerusi untuk lebih selesa) insyallah,dan ibu ambik rak untuk letak buku-buku bacaan harian danish disitu,supaya senang dan mudah danish nak ambik bila-bila masa danish nak baca.dan ibu pesan danish susun elok-elok lepas baca semua buku tu hehhehe.ada jugak sebahagian buku ibu simpan dalam kotak biru tu untuk aktiviti dan pembelajaran akan datang.walaupun ruang yang ada tak berapa besar.tapi ibu percaya sedikit sebanyak kita ada ruang untuk beraktiviti.insyallah kita akan pertingkatkan lagi dimasa akan datang ye danish..


   jom tengok sudut belajar kami yang tak seberapa lengkap lagi,tapi syukur ada juga hehhe..










ibu bagi menulis jugak kat whiteboard,supaya minat menulis bertambah..ni lepas latihan membaca


ni ha sudut buku bacaan,beg sekolah pun ada kat situ heheh,lukisan yang danish warnakan dengan watercolour pun ibu gantungkan disitu dan dalam kotak biru tu separuh bahan-bahan aktiviti,buku latihan yang belum ibu keluarkan lagi ibu simpan disitu..sudut bacaan ni ibu letakkan berdekatan dengan sudut belajar kita yg sekangkang kera tu hehhehe..bersyukur juga la kita ada ruang walaupun hanya sekangkang kera


SELAMAT BELAJAR ANAK IBU MUHAMMAD DANISH AZRIMIE..
nanti setiap bulan kita jalan-jalan ke bookstore dan beli buku bacaan dan buku latihan baru untuk danish ye..boleh baca dan mahirkan..

setakat ni ibu banyak merujuk dari kak mahani dan insyallah buat permulaan ibu akan ikut aktiviti yang dia jalankan untuk anak-anaknya..terima kasih kak mahani kerana perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat untuk ibu-ibu seperti ibu ni..
link kak mahani disini..boleh klik dan manfaatkan bersama http://wwwmamahomeschool.blogspot.com/

shopping barang-barang belajar



alhamdullilah..hari sabtu lepas ibu,danish dan ayah keluar jalan-jalan,
memang niat ibu nak keluar beli bahan bacaan untuk danish azrimie dan nak didik menjadi seorang yang suka membaca macam ibu hhehehhehe.kerana bagi ibu sifat rajin membaca akan menjadikan penambahan ilmu kita bertambah secara formal dan tidak formal.sebab minat membaca yang ibu dapat dari ayah ibu dimasa kecil membuatkan minat terhadap pelbagai bahan bacaan waktu ibu dewasa dan ibu akui hasil dari pembacaan ibu banyak mendapt ilmu dan info berguna untuk kehidupan..jadi ibu nak anak ibu danish juga MINAT MEMBACA ye..

jadi ibu bagi peluang danish memilih dan ibu beri pilihan tajuk mengikut minat danish,
semua buku bacaan diatas ibu beli untuk versi bahasa melayu,sebab disekolah baru-baru ni ibu dah order buku bacaan english dari  grolier publishing.ada dalam 6 buah buku kalau ibu tak silap.insyallah teacher akan serahkan nanti.nanti ibu share kat sini ye.

buku bacaan bahasa melayu yg kita beli tu ibu harap dapat polish bacaan danish,sebab dirumah ibu ajar ikut kaedah bacalah anakku,walaupun baru nak buku 4,tapi syukur danish dah nampak perkembangan dengan bacaan danish.oh dah 2 hari danish suka sangat baca buku SAYA SEEKOR ANAK DINOSAUR..tiap hari ibu hanya suruh danish baca 1 page aje sambil ibu dengar,ikut dengan intonasi hehhe buat gaya..supaya danish suka dan tak jemu!

dan ibu jugak belikan danish ZOO PUZZLE (setakat 2 hari beli ni rasanya dekat 20 kali danish bat sehari..excited sangat hehhe),ibu belikan juga buku latihan menulis huruf besar &huruf kecil supaya danish dapat melatih lagi penulisan walaupun danish dah pandai tulis A-Z huruf kecil dan besar,tapi ibu nak danish bertambah mahir,ibu belikan jugak white board untuk ibu mudah mengajar..jadi kita dapat belajar bersama-sama ye..






Saturday 25 February 2012

salam pembukaan sayang ibu homeschool

assalamualaikum,

alhamdullilah,anak ibu muhammad danish azrimie sudah berumur 5 tahun pada tahun 2012 ni,
dan anak ibu dah mula melangkah ke alam persekolahan,ibu pilih GENIUS AULAD sebagai sekolah harian yg akan menjadi tempat danish belajar ilmu dunia dan ilmu agama bersama kawan-kawan..
syukur kepada allah kerana memanjangkan usia kita dan memberi peluang untuk kita hirup udara segar dan terus bernafas meneruskan hidup..dan allah bagi peluang ibu melihat anak ibu memakai baju sekolah walaupun hanya berbaju sekolah tadika..memang ibu dan ayah gembira sangat.

sebelum ni ibu pernah buat blog untuk perkembangan pembelajaran anak ibu disini http://larradanishhomeschool.blogspot.com/
tapi kerana sibuk sangat dan tak sempat nak update sampaikan ibu lupa password semua heheh kesian sangat...
jadi ibu rasa elok la ibu buat blog baru dengan nafas yg baru..
semoga kali ni berkekalan dan tak lupa password lagi ye..
dan nanti-nanti menjadi kenangan untuk anak ibu tengok dimasa depan..
dan semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada anak ibu amin..

nota:ibu harap dapat update dan kongsi aktiviti pembelajaran yg danish buat bersama ibu..blog sayang ibu homeschool ni terinspirasi dari blog ni..http://wwwmamahomeschool.blogspot.com sangat kagum dengan kesungguhan mama mendidik anak-anak dia...