Thursday 26 April 2012

lappy minum nescafe

mood  update blog hancur sebab lappy kn curah nescafe oleh budak comotttttttttt...danishhhhhhhhhhhhh sianlah kat ibu niiiiii....now guna flexsibel keyboard..menghampakan jugak..nak taip pun kena tekan kuat2..macam tak lekat btul2 kalo kita tekan slow2....uwaaaaa

Thursday 19 April 2012

pillar of islam (lapbook)



ok lapbook ni kami dah siap kan awal bulan april rasanya..oh ni lah lapbook pertama kami..bestnya siapkan lapbook ni..
bila dah siap kami bertiga ayah,ibu dan danish sama-sama tengok dan mula
mengupas topik rukun islam ni..
tula seronoknya..

ok isi-isi lapbook pillar of islam ialah


dan ibu buatkan ni...

nama solat dan bilangan rakaat..dan berbentuk spoon..spoon tu boleh dikeluarkan dari pocket..
alhamdullilah hasil lapbook ni danish dah ingat rakaat dalam setiap solat..

dan ibu menerangkan juga makna syahadah untuk rukun islam yang pertama.ibu buat lapbook ni dalam 2 bahasa english+malay..supaya danish mudah untuk persediaan subjek agama di sekolah kafa dan sek.ren.nanti..

2.rukun islam yang kedua:solat 5 waktu
aktiviti yang telah kami buat dgn danish ialah:
- wudhu 
- solat berjemaah 
- menghafal bacaan dalam solat (niat solat,surah lazim,doa iftitah,bacaan rukuk,duduk diantara 2 sujud)
praktikal ni dibuat dengan danish secara santai dengan dia mengikut kami bersolat(ibu dan ayah solat dan baca kuat-kuat) dan dia ikut bacaan kami.alhamdullilah nampak perkembangan positif.dia boleh hafal bacaan dalam solat.insyallah akan pertingkatkan lagi dengan bacaan tahiyat awal,akhir dan bacaan2 lain.

dan dari pemerhatian ibu disekolah jugak dia dah mula belajar dan praktis kan.semalam kami ibu dan ayah dengar dia nyanyi lagu wudhu..lets wudhi mcm tu la..ibu ayah tepuk2 tangan..seronoknya..cuma ibu nak memantapkan lagi pemahaman dan buat lebh praktikal di rumah.sebab disekolah mungkin danish solat dengan kawan0kawan jadi tak boleh nak fokus sangat..

dan ibu dan ayah ajar danish praktikal solat lagi semalam..
insyallah akan pertingkat kan lagi..latihan bacaan semalam sampai rakaat kedua je..dan rakaat ke3 dan seterusnya ibu akan sambung lagi nanti...

jadi..untuk lebih faham konsep,tertib nya ibu akan sediakan bahan untuk buat lapbook solat..jadi kita mulakan dengan wudhu..
bahan sebenarnya ibu dah sediakan..cuma cari masa yang sesuai dengan jadual kita je..jadi solat lapbook ibu mulakan dengan wudhu lapbook..

malam ni danish dah siapkan mewarna 2 page..ada lagi jadi sambung esok..


tak sabar ibu nak tengok danish siapkan lapbook kali ni..disamping menyiapkan lapbook ni disamping tu la ibu akan kupas dan bincang kan topik tu..

walaupun ibu tau danish dah belajar disekolah..tetap ibu nak buat jugak..supaya danish lebih arif lagi kan..ada jugak ibu printkan untuk subjek sains..my body,animal (farm etc) ada craft semua..seronok..ibu pulak yang tak sabar nak soh danish siapkan..hehhe...takpe..kita buat slow-slow..dan keluarkan 1..1 bahan dulu..untuk sains pulak..ibu nak buat eksperimen..untuk topic sense..(nak bgi danish tau rasa salty,sweet,bitter)...dan ibu dah beli sand paper untuk bagu perbezaan kasar,lembut..semoga allah permudahkan perjalanaan kita danish..amin..

bersambung lagi..semoga segala perbuatan,pekerjaan dan percakapan kita menjadi ibadah..amin



stationery case homemade (bahan kitar semula)

oh petang tadi kami 3 beranak ke mall..sebab nak cari stationery..
ibu nak beli ring folder tu untuk projek flipbook,flashcard dan lain-lain,
bila dah masuk tempat stationery biasa la kan..dari 1 benda ke 1 benda ibu capai hehhee..construction paper,stapler baru dan banyak lagi la..hheheh

keluar je dari mall..hujan lebat sungguh..basah lencun kami 3 beranak!
malas nak tunggu hujan berhenti dah..sebab dah nak maghrib..
balik je terus kemas-kemas barang..dan ibu terfikir nak buatkan danish something dari bahan kitar semula aje..

ibu gunakan kotak kasut yang hampir-hampir ibu nak buang..

jadilah stationery case untuk danish..
pilihan colour pembalut tu danish yang pilih..



cewah siap ada gambar ibu,ayah dan danish..
saja bagi semangat..hehehe

dan ada doa jugak..
tapi ada kesalahan ejaan sikit..dah tampal baru sedar hehhe
*mudahkah..mudahkan
*fasihkah..fasihkan..

nanti nak outer guna liquid paper

ok bolehlah danish masukkan stationery dia dalam box ni..ingat nak balut jugak dengan pembalut plastik..supaya tahan lama..dan tak comot..

dan tadi dah kemas-kemas dan gantikan semua tali pengikat dengan ring.dan masukkan semua flashcard (english,islamic dan lain-lain) dalam red basket.mudah danish nak baca.
dan flipbook tu pun dah tukar kepada ring..
malam ni danish guna untuk tulis latihan dalam buku phonic dan cuba spell gunakan flipbook...done!ibu puas hati..alhamdullilah

ok ni meja menulis danish sekarang,ibu guna coffee table ibu tu dan belikan chair untuk danish.blue chair!your choice rite?ibu like red..but u like blue...so we bought blue!..


selamat belajar anak ibu!.....
ibu cuba buat dan sedia kan apa yang termampu sahaja..
semoga allah jadikan semua ini ibadah..dan danish dapat manfaat kan kerja-kerja kita di homeschool  ye sayang


Monday 16 April 2012

phonic flipbook

alang-alang ibu dan ayah tak mengantuk lagi..
jadi ibu paksa ayah tolong ibu buat PHONIC FLIP BOOK untuk danish..
bukan untuk danish je sebenarnya,tapi untuk ibu dan ayah jugak,
sebab ibu bukan la mahir english sangat jadi kita boleh belajar sama-sama..seronoknya!!!!!












bahagian sisi


sebenarnya bahan ni ibu dah print dan laminate kan semalam..dan arini hanya gunting kan (disini  baru nampak kan kegunaan laminate hehhehe berbaloi)
dan ibu gunakan kotak terpakai untuk buat penyandar supaya lebih keras dan tegap.
ring pulak ibu belum beli.jadi sementara waktu ibu gunakan tali untuk mengikat card..nanti nak beli ring dan gantikan tali tu...

sangat-sangat bermanfaat flipbook ni..
sebab menggunakan bahan yang lepas macam flashcard phonic pun danish nampak sangat fun..dalam masa 2 hari danish mampu membaca phonic english dan mampu mengingat makna dalam bahasa melayu..alhamdullilah..sangat membanggakan ibu!

bahan ni lebih fun lagi,danish boleh membina perkataan,belajar spell,dan belajar mengeja,nanti insyallah boleh menulis jugak..usaha bersungguh2 danish...ya..
yang penting ibu pun boleh belajar sama-sama....allahuakbar!

oh..ibu plan nak carikan kamus elektronik untuk danish la..
nak kena survey mana yang bagus dan berpatutan..hehhe tadi dah bagitau ayah..ingat nak belikan sempena birthday danish bulan depan..25hb may insyallah (ibu tau danish tak baca blog ibu sebab tu ibu tulis ni hehhe)


ok sebenarnya idea bahan ibu dapat dari blog kak mahani :mamahomeschool..

dan link untuk print bahan ni...


notakaki ibu: kawan-kawan yang belum buat jom buat..tak rugi!

Sunday 15 April 2012

shopping alatan homeschool kami


printer

laminator

alhamdullilah..syukur kepada allah,benda yang jarang ibu guna dulu..
sangat lah ibu perlukan untuk bahan pembelajaran di homeschool kami iaitu printer dan laminator.minggu lepas ibu beli printer.dan selesai 1 bab.dan kami mula buat bahan guna printer.
ibu pun mula print bahan-bahan homeschool kami macam latihan bahasa,english,agama-arabic.sangat berguna untuk kelas kita.

mula lah eksperimen ibu nak buat flashcard..mula-mula print bahan guna kertas a4 bewarna(thin paper)..kertas lembut tu sangat la mudah rosak kan.jadi ibu beli kertas board keras untuk jadi pelapik kertas warna tadi..memotong..menampal..dan hasilnya ok juga.tapi bahan cepat rosak bila 2..3 kali guna dan kos kertas tebal sekeping kira2 rm4-5 sangatlah tidak praktikal..cepat rosak dan kos juga disamping ambil masa yang lama nak siapkan.
jadi agak berbaloi untuk dapatkan sebuah LAMINATOR..(lagipun memang dah biasa tengok hasil kerja kak mahani mamahomeschool guna untuk kelas mereka.sangat praktikal!
dan kami beli untuk kertas paling besar A4..harga sangat berpatutan rm 108 di tesco.

dan hasilnya ..


atas flash yang dilaminate
bawah yang ditampal board..
hasilnya lebih bagus hasil yang telah dilaminate..
nanti-nanti boleh guna untuk anak-anak akan datang juga..insyallah..

dan macam biasa kalau keluar jalan-jalan mesti ternampak kawasan menjual buku..
ibu tengok buku ni boleh membantu untuk latihan membaca dan MENULIS !


perhatian:
nota untuk ibu-ibu lain (kawan-kawan ibu yang berminat nak gunakan sistem bacalah anakku)
ibu dapat kesan 1 masalah yang sepatutnya ibu ambil perhatian dari awal.dan proses pembelajaran lebih mudah dan memudahkan..
anak ibu pandai baca!
tapi bila suruh tulis...TAK BOLEH TULIS

contoh ayat yang senang je (ga,ja,la,ma,na,) senang je kan??..boleh dibaca..
tapi bila suruh tulis memang pening-pening..jadi langkah pada ibu-ibu yang baru nak mengajar anak membaca menggunakan sistem apapun..amalkan langkah dibawah:ibu hanya berkongsi berdasarkan pengalaman ibu sahaja.mungkin orang lain cara berbeza.tapi kalau boleh bermanfaat untuk org lain boleh lah gunakan..

1.ajar anak menulis huruf besar dan huruf kecil dahulu..contoh Aa....hingga Zz..ibu dan danish guna alat yang tulis dan padam-padam tu.jadi boleh guna dan padam.hari-hari tulis sampai mahir.contoh hari ni tulis a..tulis a hari ni..dan ulang lagi esok..tambah huruf baru setiap hari..dan latihan menulis hari-hari akan bermula dari huruf a..hingga huruf yang terbaru diajar tulis contoh Mn.sambil-sambil tu boleh buat latihan uji IQ..suruh anak menulis secara rawak (cara ni yg ibu guna untuk anak ibu)

2.mula ajar membaca dengan sistem fonetik (phonic) atau ejaan sebut huruf.bagusnya sistem phonic.sebut bunyi terus..a contoh aaaa..macam sistem bacaan iqra.(tapi payah nak mengeja dan menulis)..sistem sebut huruf pulak.nak mengeja lambat dan nak menulis mudah.sebab sebut huruf terang-terang.terpulang pada ibu-ibu semua nak ikut cara yang selesa.bagi ibu..mudah kalau faham 2 sistem.nanti memudahkan.

3.ajar menulis setiap subjek yang kita ajar membaca.contoh hari ni kita ajar sukukata vokal a\A..
contoh : ba..da..ca..ga..ja..ka..la ajar tulis semua tu.ajar sekali BACA dan TULIS.mudah dan cepat sistem macam tu.

kesilapan ibu adalah..mengajar membaca semua dulu.lepas tu baru nak ajar tulis.perit jugak tapi ibu takkan putus asa.ibu akan buat jugak walaupun ambik masa lagi untuk faham.dan kami dah mula menulis selama beberapa hari ni..syukur danish dah mula nampak dan dapat bezakan ejaan terus menulis di buku latihan,whiteboard dan buat latihan IQ


dibawah ni antara latihan yang ibu print di website untuk latihan danish
untuk english tu ibu buatkan flashcard..dan latihan menulis tu ibu buat juga..jadi boleh membaca english dan menulis.

dan buku hijau ibu print bahasa untuk tulisan bahasa arab






dan untuk bahasa arab


ni sebahagian yang ibu telah print dan buku kan.mudah untuk danish buat rujukan dimasa akan datang..

notaibu:nanti insyallah ibu akan sharekan link blog prasekolah yang banyak berkongsi idea pelajar pra.dan sangat banyak perkongsian yang mereka buat.ibu sangat menghargainya..dan ibu suka juga berkongsi dengan kawan-kawan..



Sunday 8 April 2012

aktiviti weekend 1

kelas homeschool kami berjalan seperti biasa..
minggu ni agak fun jugak lah hehhehe..
sabtu dan ahad kami menyibukkan diri antaranya ialah..

sabtu pagi ibu pun keluarkan tent yang dah lama sangat tersimpan dalam stor
lama terperap sampai ibu lupa.dulu selalu berkelah dengan ayah berdua hehheh..
dan ibu pun excited nak pasang untuk danish..
jeng..jeng di laman rumah sudah hehhehe



tengok tu seronok sangat...


masukkan toys dan buku latihan menulis..



sebelah petang pulak kami ke bookstore..tempat yang paling ibu suka sekali!harap anak ibu pun akan suka sangat macam ibu suatu masa nanti!..ayah..tq ye temankan kami..ibu sampai bersila-sila lepak dalam bookstore tu sebab rambang mata.kalau ikut suma nak beli.tapi ibu sabar kan diri la.beli sedikit2 mana yang perlu dulu ikut peringkat-peringkat.

wah tak sabar nak tunggu danish mahir membaca..sebab ibu plan nak bawak danish lepak-lepak weekend di library..cepat-cepat ye anak ibu pandai hehhe..

dan sambil-sambil ke bookstore tu ibu jenguk-jenguk kedai barang2 komputer..intai-intai printer.
ibu nak beli asik tertangguh je.survey lebih kurang..kami pun balik rumah.....

aktiviti malam bersambung..


hehe bersambung ke malam pulak tu.dia ajak ibu lepak-lepak dalam tent tu..ibu pun layankan jela.dah bosan dan panas ibu keluarkan kipas dan laptop boleh la ibu buat kerja ibu sambil layan dia..malam tu dia nak menulis jugak.nasib baik la ada lampu depan dan boleh jugak nampak .kalau buat bbq lagi best kan..nanti la plan akan datang pulak..

nak buat exercise book grammar & vocabulary..buatlah selagi rajin..


dan hasilnya sampai tertido-tido dia lam tent tu.ayah balik kerja baru angkat dia bawak masuk dalam.punya la seronok sampai tertido-tido..ibu pun happy sebab danish rasa seronok..next week plan apa pulak aktiviti nak bagi dia untuk weekend..hehhe selalunya memang ibu tak rancang..sebab saja nak bagi dia surprise!

ok sambung lagi di next entry..panjang dah ni..hhehehe



Tuesday 3 April 2012

latihan math

hari ni danish mula buat latihan math menggunakan buku ni..buku ni ibu beli di bookstore dekat dengan sekolah danish.tak silap ibu masa tu ibu nak beli stationery dan terjumpa buku ni.jadi ibu belikan danish.buku ni terbitan perman publishing house sdn bhd.


the greatest book on preschool mathematics (persediaan untuk darjah 1)



contents dalam buku ni



buat latihan page 1..senang je kan..kira dan tulis jumlah



page 2 



page 4..

sampai dah meniarap dah ni hehehhehe
esok sambung lagi ye..


nota ibu: alhamdullilah bab mengira dah lancar dari 1-50...nanti ibu nak lanjutkan lagi 50-100...tapi  contoh kalau terjumpa no 87 ke..dia pun dah pandai sebut eighty seven..cuma ibu suruh dia hafal dari 1-50 dulu..bagi dia step step..dan syukur minat belajar tanpa disuruh dah ada sedikit..suka nak buat walaupun tak suruh pun dah ada..bagus teruskan usaha hehhehe

mukasurat terakhir buku bacalah anakku 6

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
syukur danish dah berjaya habiskan bacaan untuk buku 6..
insyallah esok kita mulakan dengan buku baru iaitu dari set siri bacalah anakku 7..
yahoo..ibu pun turut happy jugak..macam ibu dapat hadiah yang bernilai..
bila anak ibu tunjuk peningkatan dalam bacaan..

esok kita dah mula melangkah ke buku 7..tinggal sebuah buku lagi untuk set ni(semua ada 8)
lepas habis set ni..aktiviti harian untuk bacaan kita akan mula membaca 1hari 1 bahan bacaan 
antaranya buku-buku cerita yang dah kita beli,surat khabar,majalah,bacaan dari website dan lain-lain..seronoknya kan bila danish dah dapat membaca..banyak ilmu yang danish akan dapat dari bacaan nanti sayang..percayalah cakap ibu hheheh

ohhhh reward untuk kali ni,sekiranya danish berjaya menghabiskan bacaan dari set 1-8..insyallah ibu akan bawa danish ke genting highland..di themepark..kalau ada rezeki kita bermalam disana dan danish boleh main puas-puas..lama dah danish tak pergi..last masa umur setahun lebih.
ibu buat reward supaya bagi semangat untuk anak ibu..walaupun sebenarnya kita boleh pergi bila-bila masa saja..tapi bila dah jadi reward..semangat nak habiskan dan mahir membaca bertambah-tambah..fighting..fighting hheheheheh

jadi hari terakhir buku 6 ini ibu ada rakamkan video bacaan mukasurat terakhir  tersebut..
link video di bawah ni:







.
.
.
.
.
.

esok mula baca buku dibawah ni..buku 7 yeahhhhhhhh..
.
.
.
.
.
.
.
.
.



notaibu: aktiviti bacaan bacalah anakku ini kami buat setiap hari..sebelum pergi sekolah disebelah pagi dan sebelah  malam untuk ulang dan mahir..biasanya malam lepas solat maghrib kami mulakan bacaan iqra + bacalah anakku + (homework g.a/homeschool activities) nampak macam padat sangat kan jadual kami..hheeheh biasanya masa yang diambil lebih kurang 1/2 jam je..tak lama dan tak membebankan pun..hhehhe

oh..ada lagi berita yang ibu nak share kan..anak jiran cina kami yang dlm darjah 4 yang masih belum pandai membaca dah  nak masuk buku 3 siri bacalah anakku..ibu yang ajarkan..alhamdulillah semoga memberi manfaat kepada nya..gembiranya ibu dengar,budak yang menangis masa di kelas,di tuisyen seronok belajar membaca dgn ibu..syukur!alangkah seronoknya kalau danish pun ada adik ,boleh ibu ajar dan danish boleh belajar bersama-sama..ibu minta kawan yang pergi umrah mengirimkan doa..semoga allah memberi ibu zuriat yang soleh seperti danish..dan solehah juga..rasa macam rindu nak main dgn baby..hehe