Monday 16 April 2012

phonic flipbook

alang-alang ibu dan ayah tak mengantuk lagi..
jadi ibu paksa ayah tolong ibu buat PHONIC FLIP BOOK untuk danish..
bukan untuk danish je sebenarnya,tapi untuk ibu dan ayah jugak,
sebab ibu bukan la mahir english sangat jadi kita boleh belajar sama-sama..seronoknya!!!!!












bahagian sisi


sebenarnya bahan ni ibu dah print dan laminate kan semalam..dan arini hanya gunting kan (disini  baru nampak kan kegunaan laminate hehhehe berbaloi)
dan ibu gunakan kotak terpakai untuk buat penyandar supaya lebih keras dan tegap.
ring pulak ibu belum beli.jadi sementara waktu ibu gunakan tali untuk mengikat card..nanti nak beli ring dan gantikan tali tu...

sangat-sangat bermanfaat flipbook ni..
sebab menggunakan bahan yang lepas macam flashcard phonic pun danish nampak sangat fun..dalam masa 2 hari danish mampu membaca phonic english dan mampu mengingat makna dalam bahasa melayu..alhamdullilah..sangat membanggakan ibu!

bahan ni lebih fun lagi,danish boleh membina perkataan,belajar spell,dan belajar mengeja,nanti insyallah boleh menulis jugak..usaha bersungguh2 danish...ya..
yang penting ibu pun boleh belajar sama-sama....allahuakbar!

oh..ibu plan nak carikan kamus elektronik untuk danish la..
nak kena survey mana yang bagus dan berpatutan..hehhe tadi dah bagitau ayah..ingat nak belikan sempena birthday danish bulan depan..25hb may insyallah (ibu tau danish tak baca blog ibu sebab tu ibu tulis ni hehhe)


ok sebenarnya idea bahan ibu dapat dari blog kak mahani :mamahomeschool..

dan link untuk print bahan ni...


notakaki ibu: kawan-kawan yang belum buat jom buat..tak rugi!

No comments:

Post a Comment