english


english phonic A (ae)




assalamualaikumwarahmatullah..

alhamdullilah anak ibu dah mula sihat dari demam..
dan aktiviti homeschool kita teruskan hari ni dengan subjek math dan english..

math hari ni ibu buat aktiviti ringan-ringan je..
aktiviti ni danish dah buat sebelum ni..
jadi kita praktis lagi mengira..

dan ada jugak danish buat aktiviti di web nanti ibu upload n3 untuk math  kemudian..

so untuk phonic hari ni..dari buku bacaan read easy english
danish belajar A(ae)..

a..for

alligator
astronaut
apple
ant
arrow

aktiviti hari ni:membaca dari buku read easy..jump2 n sound ae ae ae..run-run and says ae ae ae..hehhe..lepas tu write,draw and colour dalam buku tulis untuk english.insyallah esok untuk mahirkan lagi ibu nak suruh tulis ,lukis di atas drawing block pulak..dan tampal kan di wall belajar danish..supaya santai-santai boleh tengok dan baca..

ni pic sebelum danish mula nak menulis dalam buku.

tu ha dalam cage ada student baru kelas kami..hhehehe..
jap nak close up sikit picnya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




tengok la tu bukan main relax lagi dalam bekas tu..
kitten ni datang mengiau2 depan pintu rumah kami..lama sangat..rasanya tersesat ke atau ada orang buang..kesian kan dia..ibu ambik sangkar..mandikan dia ngan air suam 1st day datang tu malam pukul 11pm..baru wangi sikit heheh..

danish sayang sangat  kitten ni..nama tak bagi lagi..kejap panggil pucin..kejap itu kejap ni..hehhe
manja sangat..ibu ambik bela jugak..kesian..nanti dah besar sikit lepas la dari cage tu..malam-malam letak luar rumah..boleh lah jadi kawan danish...sama-sama macam spring..main kejar kejar ngan kitten..kitten pun gedik-gedik hehhehe





phonic c ( audio & visual learning)

oleh kerana semalam danish belajar dengan buku READ EASY phonic..
hari ni ibu ajar lagi dan mahirkan lagi danish dengan sebutan phonic in english..
selesai saja  warnakan kerja semalam yang belum siap..malam ni ibu bagi dia kuatkan ingatan dan berlatih lagi mengecam dan mahir lagi dengan phonic english..jadi ibu bagi melalui visual pulak..
jadi ibu jenguk-jenguk website ni : http://www.starfall.com/




semalam danish dah belajar dengan ibu C and sound keh..
jadi hari ni bila tengok latihan di starfalls..danish dah tak kekok lagi nak sebut c for keh!
hehhehehe..congrat danish...dan danish happy je klik arrow dan ikut arahan seterusnya..

dan lepas selesaikan latihan C (keh)
ibu bagi danish jenguk-jenguk...alphabet A (ae)
sebab kelas kita seterusnya ibu nak kenalkan danish dengan A sebutan phonic..
ni cara ibu selalunya berkesan..
contoh macam baca iqra kan..hari ni baca kaf (ka)..dah habis baca je..terus page sebelah..(yang atas sahaja..huruf baru..contoh lam (la)..sekali atau 2 kali baca)
lepas tu tutup iqra..
esok bila mulakan huruf baru..selalunya dia akan ingat...hehhehe..kerja kita pun jadi senang dan ati kita pun senang sebab dia cepat ingat hehehhe..

ni contoh dan subject yang akan ibu di  kelas english kami akan datang:
vowel A (ae)


danish buat latihan sambil dengar dan sebut..dan mengasingkan capital letter and small letter..



nota:oh lukisan yang dia warnakan nanti ibu upload..belumambik gambar lagi..hehhhe.dan malam ni dia cerita yang teacher ajar bacaan semasa ruku dan sujud..alhamdullilah..lepas ni boleh baca dan praktikkan..ibu punya surah hafalan minggu ini adalah surah alfalaq..masih belum lancar sepenuhnya..tapi alhamdullilah alfatihah dan surah ikhlas danish dah boleh baca..dan amsa solat pun danish dah mula praktik..syukur..

ibu juga ingat nak ajar danish bahasa arab..jawi..fardu ain dalam kelas homeschool kita.insyallah.ibu tengah merangka jadual untuk kita laksanakan..semoga allah beri kita kemudahan ya amin...

dan petang tadi danish dan ibu keluar beli manila kad,board keras,penyepit baju,buku kotak besar dan alatan untuk projek ibu nanti..insyallah dalam minggu ni ibu nak sediakan bantuan/alatan untuk danish belajat matematik dan lain-lain..

english phonic

petang ni ibu tengok anak ibu macam bersemangat je..jadi ibu cari aktiviti yang boleh
ibu buat dengan anak ibu..
ibu memang dah plan dari semalam untuk nak ajar danish phonic in english
gunakan buku READ EASY (set 8 buah buku,ni pun buku yang ibu hadiahkan masa harijadi danish 1thn) lama tak berusik,bukan apa,ibu keliru jugak macamana nak ajar anak ibu subject english
dan phonic pulak..tapi hasil dari jejak-jejak ibu di blog homeschool yg lain..dan youtube,website ibu nekad cuba jugak..kalau tak mencuba mana tau hasilnya kan..takkan ibu nak harapkan teacher je ajar kan..lebih baik ibu pun cari solution untuk ibu turut dapat ajar danish dirumah 
macam bacaan bahasa melayu,iqra,matematik dan lain-lain..
jadi kita mulakan aktiviti ENGLISH READ EASY dan ibu guna cara ibu untuk buat danish faham..
masalah yang ibu risau..adalah takut danish confuse bacaan,sebutan dalam bahasa melayu dengan english...jadi ibu explain dan ulang banyak-banyak kali..
contoh C..disebut keh in english..so mula-mula danish keliru jugak,sebab dalam b.m disebut ceh..
tapi lama-lama ok..esok ibu ingat ibu nak ulang lagi subjek yang sama..







ni ibu ajar berkali-kali dan tulis di white board..
dan sambil danish pun ikut buat dalam buku tulis..

sebelum mula menulis sendiri C dan sebut keh..
macam-macam cara ibu buat..suruh..jump2 dan sebut keh keh..suruh run run dan sebut keh keh..
heheheh..sebab tak nak bagi dia jemu kan hehhe..
hasilnya happy sungguh dia ikut kelas ibu hari ni hehhee..
dan ibu nampak cara ni berkesan untuk memori anak..

so ni lah hasil nya danish buat dibuku latihan dia..
dia tulis..lukis dan mewarna..
dalam kelas ni ibu sedaya upaya speak english dengan dia..supaya dia tak confuse..

 x nampak pulak huruf c tu kan..hehhehe kamera ibu ni hampeh jugak hehhe
so dia lukis c (keh) for carrot and cup..
esok untuk polish lagi subject hari ni..kami akan ulang lagi..dan suruh danish tulis C (keh) kat bahagian garisan2 bawah tu..supaya dia ingat lagi...


dan kami jugak buat ni untuk danish tampalkan disudut dia tampal hasil kerja dia..yelah..banggakan dia boleh tunjukkan kat ayah..hehehhe anak anak..ape-ape ajelah janji dia seronok..

ni ibu buat 


dan dibawah ni danish buat..
hari ni dia hanya mewarna C tu..dan car tu akan sambung esok pulak..
sebab esok ibu ingat nak ulang lagi kelas english phonic..


 cemerlang sangat kamera ibu kan..kejap gelao sangat..kejap terang sangat hheheh..tu dia mewarna sampai ketap-ketap bibir..ni tadi dia warnakan habis huruf c tu dengan RED colour..tapi ibu tak ambik gambar sebab belum siap semuanya..esok-esok dah siap ibu upload lagi..


macam banyak pulak aktiviti hari ni kan..tapi tengok dia still bersemangat lagi..
lepas maghrib baca iqra macam biasa..dan ibu bagi dia rehat...

dah bagi rehat pun..sibuk ambik buku yg baru dapat tadi..aduhai ibu dah penat..tapi takpelah tengok-tengoklah..bila anak rajin ibu kena bersyukur la..hhehe kalau dah malas nanti ibu pulak yang pening kan...hahha da habis baca tu..ambik pulak buku adam dina..hehhehe..aduh macam makan vitamin..marathon belajar dari tghari smpai mlm!..ibu berhenti melayan dan ibu masak kari ayam..bagi dia makan..dan bagi dia aktiviti bebas..so dia nak buat puzzle..ingat nak kena cari lagi la puzzle tu..minat sangat sampai berkali2 sehari dia bat..

No comments:

Post a Comment