islamic


iqra 2


alhamdullilah..
dirumah danish dah melangkah ke iqra 2 secara lebih mahir 
disekolah masih iqra 1..mungkin kekurangan masa jadi takpelah..
allah bagi masa lagi untuk ibu ajar danish..jadi ibu ajar juga dirumah..biar cepat-cepat pandai ok..






notaibu:insyallah ibu akan beli printer dan laminator untuk mula projek homeschool kita..ibu akan mula membuat lapbook untuk lebih fun dan praktikal..mesti danish suka kan???..ibu tau danish mesti suka punya...ibu plan nak buat lapbook solat..rukun islam..rukun iman semua dalam bahasa 
english..dan projek lapbook ni ibu nak buat jugak untuk subjek lain..insyallah danish..



bacaan iqra

alhamdullilah harini disekolah danish dah baca huruf ha (sanggul)..
dan dirumah malam ni ibu mengulang lagi dan baca huruf YA..
alhamdullilah lancar setakat ni..

sambil -sambil danish main-main tu,lepas ibu baca yassin ibu mula ajar danish 
bacaan huruf sambungan contoh BA bertemu TA..(BATA)
dan ibu tulis di white board sambungan huruf-huruf yang lain jugak..
TA..BA (taba)
SA..TA (sata)
TA..JA..(taja)

ini persediaan untuk danish belajar membaca lagi dan bersedia untuk melangkah ke bacaan iqra2
alhamdullilah nampaknya danish mahir dan dapat mengecam huruf yang disambung tu..
esok insyallah ibu akan ulang lagi dikelas kita..

tadi danish dengar ibu baca yassin..dan danish kata danish nak baca yassin jugak..
ibu kata.."insyallah nanti danish dah habis bacaan iqra..dan cepat-cepat pandai nanti danish boleh baca yassin dan alquran macam ibu jugak"..danish senyum-senyum je..ibu tau danish pun tak sabar nak baca macam ibu kan..jadi usaha bersungguh-sungguh ye...


notakaki:ibu bersyukur..ayah ibu(wan danish) memberi pendidikan agama sedikit sebanyak,menghantar ibu mengaji muqaddam (mcm iqra jugak) dari umur ibu 4 tahun,kami diajar fardu ain selepas solat subuh oleh wan tiap-tiap hari (syukur..walaupun pada masa tu tersengguk-sengguk ibu mana kan mengantuk..hehhe maklum umur baru 4 tahun) ibu dan adik beradik diajar tentang haid dan nifas seawal umur 4thun hehhe dan masih ingat sura wan mengajar sampai sekarang..dan waktu ibu bersekolah menengah ibu memilih sendiri dan dihantar oleh ayah ibu ke sekolah agama rakyat.disitu  ibu banyak belajar tentang agama kita..agama islam..dan sedikit sebanyak memberi pengetahuan untuk ibu walaupun masih banyak yg ibu perlu belajar dlm hidup ibu untuk ibu serapkan pada anak ibu..

walaupun wan telah meninggal dunia..pesan dan ajaran wan sewaktu ibu kecil dan dewasa masih segar dalam ingatan..dan dia jugak ada berpesan..
"beri didikan agama jugak kepada danish"

sayangnya danish hanya dapat bermanja dengan wan sehingga umur 1 tahun..huhuhuhu..
dan doakan wan selalu ye..
semoga ilmu yang kita pelajari akan memberi manfaat kepadanya juga ye sayang ibu..

alfatihah..kita doakan semoga allah memberi balasan syurga kepadanya kerana dia adalah seorang ayah yang sangat penyayang ,bertanggungjawab dan memberi didikan agama seperti yang sepatutnya kepada ibu dan kita semua ....aminnn..jadi...

insyallah kita akan belajar perlahan-lahan ilmu akademik dan ilmu agama(fardu ain,jawi,bacaan alquran dan lain-lain)...

No comments:

Post a Comment