Monday 2 July 2012

belajar menulis (basic level)

assalamualaikum wbt..

dah beberapa hari ni ibu mula fokus pada latihan menulis dan spelling..sebab danish dah mula mahir membaca..jadi ibu mula fokus untuk penulisan pulak..jadi ibu mulakan dengan penulisan bahasa melayu..dari basic suku kata 

ibu menggunakan panduan dan step dari buku bacalah anakku yang 1 dan hari ni dah habis buku 3 untuk latihan menulis...sebab senang ikut step bacalah anakku..danish kan guna buku tu untuk belajar membaca..so buku tu jugalah ibu guna untuk proses menulis..mudah dan praktikal..

latihan menulis dimulakan dengan pengenalan huruf dan sebutan(walaupun danish dah tau tapi tetap kena mulakan dari yang basic)..lepas tu ibu buat ayat berkenaan huruf dan suku kata tu..danish akan mula menulis dalam buku latihan dia..english pun nanti ibu akan buat macam tu jugak...



yang ni dia tulis sendiri lepas ibu habis menyebut...


 
cukup lah untuk latihan hari ni..

dan ni update untuk hafazan harian untuk subjek agama :

*surah alfatihah
*surah al ikhlas
*surah an nas
surah alfalaq(merangkak2 lagi)
*niat solat fardu 5 waktu
*doa iftitah
*tahiyattul awal..(*done)
tahiyatul akhir (merangkak rangkak lagi hehheh)
bacaan sujud,rukuk duduk diantara 2 sujud done...

syukur danish,lepas ni ibu dah boleh lepaskan danish solat sendiri..supaya kalau ibu haid danish boleh buat tanpa bantuan ibu..

doa harian kita:
ya allah terangkan hatiku
mudahkan urusanku
buka kan ikatan lidahku
fasihkan tuturku...amin 

Tuesday 19 June 2012

math teaching tools dan report card day at genius aulad

assalamualaikumwarahmatullah..
alhamdullilah kesihatan ibu bertambah baik..dan kehidupan harian dapat kami jalani seperti biasa...

pada hari sabtu lepas..adalah hari bertemu teacher kelas..dan teacher akan tunjukkan report card sepanjang 1/2 tahun belajar di g.a..
dari penilaian teacher b.m,b.i,math dan semua subject adalah baik..kecuali HAFAZAN..yang paling cemerlang adalah bahasa jawi..hehhehe..hafazan ibu akui memang kurang buat latihan dirumah..ada latihan tapi tidak secara sistematik dan berjadual..malam ni mula secara bersistem...lepas solat mula dari surah yang awal..bacaan secara sebutan yg betul dan memang ibu fokus pada sebutan semua..harap danish dapat menghafal dan membaca dengan baik..amin..

dan ada juga ibu bincangkan mengenai subjek yang dia belajar disekolah dan silibus g.a..ibu ada juga tanyakan mengenai tulisan..BELAJAR MENULIS..apa yang mengejutkan juga..di g.a tulisan atau menulis hanya diajar dalam subjek english..ibu tak pasti sistem mereka..entahlah pendapat ibu..bile belajar bahasa..belajar menulis juga perlu untuk subjek bahasa..dan untuk english juga sama...entah lah mungkin ibu sedikit pelik..istiqamah ajelah semoga danish lalui yang baik2 saja...dan ibu dirumah cuba beri yang terbaik lagi...ibu tengok sedikit masa lagi macamana..hurmmmm

dan minggu ni danish dah hampir habis bacalah anakku 8 dan read easy pun dah nak mula buku 7...lepas ni nak print bacaan untuk basic phonic dan danish boleh baca karangan yang lebih panjang sedikit...

ok ibu ada printkan dan laminate kan danish no 1-100...dan no untuk belajar skip no by..dan isikan tempat kosong..bahan ni ibu laminate kan..dan untuk latihan ulang-ulang..bahan ni danish boleh tulis dengan whiteboard marker dan boleh pada dengan kain...so kalau ada adik nanti boleh ulang guna..sangat2 berbaloiii...doakan danish cepat-cepat dapat adik jugak ye..aminnn


atas dari kanan..untuk skip counting..sebelah kiri addition..dan bahagian bawah...fill in the blank ...

dan danish pun suka buat latihan ..permulaan ibu bagi ia buat latihan yang bawah sekali..disekolah hanya belajar sampai no 50..tapi dirumah alhamdullilah dah mahir sampai 100..


link untuk print bahan boleh klik disini http://pinterest.com/pstohrhu/

semoga menjadi manfaat untuk yang lain juga...insyallah...

Monday 4 June 2012

dah seminggu cuti sekolah

assalamualaikum..
lama sungguh tk berapdet blog homeschool ni..
aritu masalah lappy dan berlanjutan ke maslah ibu yang baru miscarriage..preggy pun tak sedar..sedih jugak la tak tau kata preggy..sedar2 keguguran..kalo tak danish dah jadi abang dah tak lama lagi huhu..takpela tu semua kerja allah..ibu redho je..cuba dan usaha lagi fighting....

skang kan cuti sekolah kan..kebetulan pulak birthday danish 25hb..terpaksa pospon juga..sebab ibu gugur 16 mei..harijadi ayah pulak tu..huhuhu..edible image ibu dah buatkan utk kek birthday kesayangan ibu 2 org tu.tp tak kesampaian lagi nak bat kek..tunggu sihat dulu..

dan baru 2..3 hari mula homeschool..tapi sepanjang ibu berpantang gugur tu pun danish tetap membaca hari2..bacaan bahasa melayu dan english..bahasa melayu masih tingal sikit lagi buku terakhir bacalah anakku 8..dan read easy english dah melangkah ke buku 5..tinggal 3 buah lagi nak habis..disamping bacaan buku tu..danish jugak membaca buku cerita dan buku2 lain...nampak dah tunjukkan prestasi yang baik dlm bacaan english mahupun bahasa melayu..congrat danish...

semoga ibu cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti biasa...plan nak bawa dansh pegi swim pun terpaksa la holdkan dulu..kita cuti2 dirumah ajela danish ye...ayah pun suruh ibu rehat sampai betul2 sihat.....

Thursday 26 April 2012

lappy minum nescafe

mood  update blog hancur sebab lappy kn curah nescafe oleh budak comotttttttttt...danishhhhhhhhhhhhh sianlah kat ibu niiiiii....now guna flexsibel keyboard..menghampakan jugak..nak taip pun kena tekan kuat2..macam tak lekat btul2 kalo kita tekan slow2....uwaaaaa

Thursday 19 April 2012

pillar of islam (lapbook)



ok lapbook ni kami dah siap kan awal bulan april rasanya..oh ni lah lapbook pertama kami..bestnya siapkan lapbook ni..
bila dah siap kami bertiga ayah,ibu dan danish sama-sama tengok dan mula
mengupas topik rukun islam ni..
tula seronoknya..

ok isi-isi lapbook pillar of islam ialah


dan ibu buatkan ni...

nama solat dan bilangan rakaat..dan berbentuk spoon..spoon tu boleh dikeluarkan dari pocket..
alhamdullilah hasil lapbook ni danish dah ingat rakaat dalam setiap solat..

dan ibu menerangkan juga makna syahadah untuk rukun islam yang pertama.ibu buat lapbook ni dalam 2 bahasa english+malay..supaya danish mudah untuk persediaan subjek agama di sekolah kafa dan sek.ren.nanti..

2.rukun islam yang kedua:solat 5 waktu
aktiviti yang telah kami buat dgn danish ialah:
- wudhu 
- solat berjemaah 
- menghafal bacaan dalam solat (niat solat,surah lazim,doa iftitah,bacaan rukuk,duduk diantara 2 sujud)
praktikal ni dibuat dengan danish secara santai dengan dia mengikut kami bersolat(ibu dan ayah solat dan baca kuat-kuat) dan dia ikut bacaan kami.alhamdullilah nampak perkembangan positif.dia boleh hafal bacaan dalam solat.insyallah akan pertingkatkan lagi dengan bacaan tahiyat awal,akhir dan bacaan2 lain.

dan dari pemerhatian ibu disekolah jugak dia dah mula belajar dan praktis kan.semalam kami ibu dan ayah dengar dia nyanyi lagu wudhu..lets wudhi mcm tu la..ibu ayah tepuk2 tangan..seronoknya..cuma ibu nak memantapkan lagi pemahaman dan buat lebh praktikal di rumah.sebab disekolah mungkin danish solat dengan kawan0kawan jadi tak boleh nak fokus sangat..

dan ibu dan ayah ajar danish praktikal solat lagi semalam..
insyallah akan pertingkat kan lagi..latihan bacaan semalam sampai rakaat kedua je..dan rakaat ke3 dan seterusnya ibu akan sambung lagi nanti...

jadi..untuk lebih faham konsep,tertib nya ibu akan sediakan bahan untuk buat lapbook solat..jadi kita mulakan dengan wudhu..
bahan sebenarnya ibu dah sediakan..cuma cari masa yang sesuai dengan jadual kita je..jadi solat lapbook ibu mulakan dengan wudhu lapbook..

malam ni danish dah siapkan mewarna 2 page..ada lagi jadi sambung esok..


tak sabar ibu nak tengok danish siapkan lapbook kali ni..disamping menyiapkan lapbook ni disamping tu la ibu akan kupas dan bincang kan topik tu..

walaupun ibu tau danish dah belajar disekolah..tetap ibu nak buat jugak..supaya danish lebih arif lagi kan..ada jugak ibu printkan untuk subjek sains..my body,animal (farm etc) ada craft semua..seronok..ibu pulak yang tak sabar nak soh danish siapkan..hehhe...takpe..kita buat slow-slow..dan keluarkan 1..1 bahan dulu..untuk sains pulak..ibu nak buat eksperimen..untuk topic sense..(nak bgi danish tau rasa salty,sweet,bitter)...dan ibu dah beli sand paper untuk bagu perbezaan kasar,lembut..semoga allah permudahkan perjalanaan kita danish..amin..

bersambung lagi..semoga segala perbuatan,pekerjaan dan percakapan kita menjadi ibadah..amin



stationery case homemade (bahan kitar semula)

oh petang tadi kami 3 beranak ke mall..sebab nak cari stationery..
ibu nak beli ring folder tu untuk projek flipbook,flashcard dan lain-lain,
bila dah masuk tempat stationery biasa la kan..dari 1 benda ke 1 benda ibu capai hehhee..construction paper,stapler baru dan banyak lagi la..hheheh

keluar je dari mall..hujan lebat sungguh..basah lencun kami 3 beranak!
malas nak tunggu hujan berhenti dah..sebab dah nak maghrib..
balik je terus kemas-kemas barang..dan ibu terfikir nak buatkan danish something dari bahan kitar semula aje..

ibu gunakan kotak kasut yang hampir-hampir ibu nak buang..

jadilah stationery case untuk danish..
pilihan colour pembalut tu danish yang pilih..



cewah siap ada gambar ibu,ayah dan danish..
saja bagi semangat..hehehe

dan ada doa jugak..
tapi ada kesalahan ejaan sikit..dah tampal baru sedar hehhe
*mudahkah..mudahkan
*fasihkah..fasihkan..

nanti nak outer guna liquid paper

ok bolehlah danish masukkan stationery dia dalam box ni..ingat nak balut jugak dengan pembalut plastik..supaya tahan lama..dan tak comot..

dan tadi dah kemas-kemas dan gantikan semua tali pengikat dengan ring.dan masukkan semua flashcard (english,islamic dan lain-lain) dalam red basket.mudah danish nak baca.
dan flipbook tu pun dah tukar kepada ring..
malam ni danish guna untuk tulis latihan dalam buku phonic dan cuba spell gunakan flipbook...done!ibu puas hati..alhamdullilah

ok ni meja menulis danish sekarang,ibu guna coffee table ibu tu dan belikan chair untuk danish.blue chair!your choice rite?ibu like red..but u like blue...so we bought blue!..


selamat belajar anak ibu!.....
ibu cuba buat dan sedia kan apa yang termampu sahaja..
semoga allah jadikan semua ini ibadah..dan danish dapat manfaat kan kerja-kerja kita di homeschool  ye sayang


Monday 16 April 2012

phonic flipbook

alang-alang ibu dan ayah tak mengantuk lagi..
jadi ibu paksa ayah tolong ibu buat PHONIC FLIP BOOK untuk danish..
bukan untuk danish je sebenarnya,tapi untuk ibu dan ayah jugak,
sebab ibu bukan la mahir english sangat jadi kita boleh belajar sama-sama..seronoknya!!!!!












bahagian sisi


sebenarnya bahan ni ibu dah print dan laminate kan semalam..dan arini hanya gunting kan (disini  baru nampak kan kegunaan laminate hehhehe berbaloi)
dan ibu gunakan kotak terpakai untuk buat penyandar supaya lebih keras dan tegap.
ring pulak ibu belum beli.jadi sementara waktu ibu gunakan tali untuk mengikat card..nanti nak beli ring dan gantikan tali tu...

sangat-sangat bermanfaat flipbook ni..
sebab menggunakan bahan yang lepas macam flashcard phonic pun danish nampak sangat fun..dalam masa 2 hari danish mampu membaca phonic english dan mampu mengingat makna dalam bahasa melayu..alhamdullilah..sangat membanggakan ibu!

bahan ni lebih fun lagi,danish boleh membina perkataan,belajar spell,dan belajar mengeja,nanti insyallah boleh menulis jugak..usaha bersungguh2 danish...ya..
yang penting ibu pun boleh belajar sama-sama....allahuakbar!

oh..ibu plan nak carikan kamus elektronik untuk danish la..
nak kena survey mana yang bagus dan berpatutan..hehhe tadi dah bagitau ayah..ingat nak belikan sempena birthday danish bulan depan..25hb may insyallah (ibu tau danish tak baca blog ibu sebab tu ibu tulis ni hehhe)


ok sebenarnya idea bahan ibu dapat dari blog kak mahani :mamahomeschool..

dan link untuk print bahan ni...


notakaki ibu: kawan-kawan yang belum buat jom buat..tak rugi!