bahasa melayu





mukasurat terakhir buku bacalah anakku 6

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
syukur danish dah berjaya habiskan bacaan untuk buku 6..
insyallah esok kita mulakan dengan buku baru iaitu dari set siri bacalah anakku 7..
yahoo..ibu pun turut happy jugak..macam ibu dapat hadiah yang bernilai..
bila anak ibu tunjuk peningkatan dalam bacaan..

esok kita dah mula melangkah ke buku 7..tinggal sebuah buku lagi untuk set ni(semua ada 8)
lepas habis set ni..aktiviti harian untuk bacaan kita akan mula membaca 1hari 1 bahan bacaan 
antaranya buku-buku cerita yang dah kita beli,surat khabar,majalah,bacaan dari website dan lain-lain..seronoknya kan bila danish dah dapat membaca..banyak ilmu yang danish akan dapat dari bacaan nanti sayang..percayalah cakap ibu hheheh

ohhhh reward untuk kali ni,sekiranya danish berjaya menghabiskan bacaan dari set 1-8..insyallah ibu akan bawa danish ke genting highland..di themepark..kalau ada rezeki kita bermalam disana dan danish boleh main puas-puas..lama dah danish tak pergi..last masa umur setahun lebih.
ibu buat reward supaya bagi semangat untuk anak ibu..walaupun sebenarnya kita boleh pergi bila-bila masa saja..tapi bila dah jadi reward..semangat nak habiskan dan mahir membaca bertambah-tambah..fighting..fighting hheheheheh

jadi hari terakhir buku 6 ini ibu ada rakamkan video bacaan mukasurat terakhir  tersebut..
link video di bawah ni:







.
.
.
.
.
.

esok mula baca buku dibawah ni..buku 7 yeahhhhhhhh..
.
.
.
.
.
.
.
.
.



notaibu: aktiviti bacaan bacalah anakku ini kami buat setiap hari..sebelum pergi sekolah disebelah pagi dan sebelah  malam untuk ulang dan mahir..biasanya malam lepas solat maghrib kami mulakan bacaan iqra + bacalah anakku + (homework g.a/homeschool activities) nampak macam padat sangat kan jadual kami..hheeheh biasanya masa yang diambil lebih kurang 1/2 jam je..tak lama dan tak membebankan pun..hhehhe

oh..ada lagi berita yang ibu nak share kan..anak jiran cina kami yang dlm darjah 4 yang masih belum pandai membaca dah  nak masuk buku 3 siri bacalah anakku..ibu yang ajarkan..alhamdulillah semoga memberi manfaat kepada nya..gembiranya ibu dengar,budak yang menangis masa di kelas,di tuisyen seronok belajar membaca dgn ibu..syukur!alangkah seronoknya kalau danish pun ada adik ,boleh ibu ajar dan danish boleh belajar bersama-sama..ibu minta kawan yang pergi umrah mengirimkan doa..semoga allah memberi ibu zuriat yang soleh seperti danish..dan solehah juga..rasa macam rindu nak main dgn baby..hehe




bacalah anakku buku 6 (..an  ..in  ..un)

alhamdullilah dah 3 hari danish dah mulakan buku baru..BACALAH ANAKKU BUKU 6
tak sabar kami nak habiskan lagi 2 buah buku dalam set ni..
lepas ni ibu nak fokuskan menulis (pembelajaran dalam siri bacalah anakku) supaya danish lebih mahir lagi..
dan kami akan mulakan bacaan buku cerita yang telah ibu beli semua tu..

diharap lepas dah habis set ni..tahap confidence anak ibu bertambah dan mampu membaca newspaper,magazine,story book dan bahan bacaan lain..amin
ibu juga sangat seronok lihat pencapaian anak ibu dalam bacaan(biarpun orang kata terlambat sangat kan umur 5 tahun baru nak belajar membaca) tapi dalam masa 3 bulan kita istiqamah dan berkat kita sama-sama berusaha akhirnya allah bagi hasil yang berbaloi..syukur sayang!

ok dalam masa 3 hari ni kita dah mula melangkah ke buku 6..muka surat terakhir hari ni (page 8)



antara yang kita belajar.. 

... an (kan,lan,man,wan,san,can,tan dan lain-lain)


...in ( cin,lin,min,jin,bin,tin,pin, dan lain-lain)


...un (bun,run,hun,mun,tun,pun dan lain-lain

notaibu:minggu nimemang tumpuan banyak kepada sesi belajar membaca dan latihan math semua buat di laptop di wesite saja..insyallah minggu depa mula pada aktiviti lapbook..ibu dah excited nak ajar danish buat lapbook rukun islam..rukun iman..solat dan untuk subjek-subjek lain..insyallah


bahasa melayu bacalah anakku buku 5 (wa..wi..wu)

assalamualaikum..
beberapa hari jugak tak mengupdate blog ni..
dan danish pun bercuti seminggu..
aktiviti homeschool berjalan macam biasa..cuma agak ada banyak masa jugak ibu bagi pada danish
sebab cuti kan..so bagi rehat-rehat sikit ala-ala sistem pembelajaran diluar negara..kalau sekolah..anak-anak kena belajar betul-betul..bila cuti pulak..cuti secutinya hehhehe

tapi takde la pulak sampai danish boleh tinggal semua buku-buku dia ..
latihan membaca bahasa melayu..iqra semua berjalan seperti biasa..

ok hari ni ibu update dengan bacalah anakku...
syukur danish dah hampir habiskan buku 5..bermakna tinggal lagi 3 buku untuk set ini..yeahhh
berkat kesungguhan danish ibu nampak juga hasilnya..u didi a good job darling..im proud of u..and fighting and fighting to finish all this set of bacalah anakku..as we said "i can do it"..and ibu believe that U CAN DO IT...ABSOLUTELY!




ni bawah ni..video latihan membaca..malam ni baru kenalkan bacaan wa..wi..wu..
terus sekali..dan ibu rekodkan..hehhehe..
abaikan suara ibu yang menggerunkan tu..
.
.
.
.
.



notaibu:sekarang ibu agak rasa lega sikit..sebab danish dah nampak progress dalam bacaan danish..ingat pengalaman masa mula2 belikan danish set ni..betapa  ibu sendiri tak yakin nak ajar danish sistem fonetik(phonic) ni...ibu sendiri pun rasa kekok nak eja..apatah lagi nak ajar anak ibu..
alhamdullilah syukur danish..walaupun masih belum mahir sepenuhnya tapi kita dah boleh tersenyum sedikit..sebab teknik nya kita dah faham..bagi ibu-ibu yang ingin juga anaknya mahir membaca mengikut sistem phonic..boleh juga kongsi-kongsi tips ye..

dan terbaru adalah jiran chinese  kami yang anaknya bersekolah darjah 4..tapi belum boleh membaca..sangat kesian..ibu ajak dia datang kerumah kalau ada masa hari-hari lepas sekolah(sekiranya ibu ada masa)..ibu ingat nak luangkan sikit masa lebih kurang 15 minit sehari ajar dia membaca guna buku bacalah anakku..ajar secara percuma aja..semoga dapatlah membantu dia pandai membaca juga..dan menambah semangat  dan  minat danish untuk sama-sama belajar menjadi lebih baik..



hari ni anak ibu, danish demam dan bangun pagi badan panas sangat,
jadi ibu call sekolah dan inform yang danish tak dapat kesekolah hari ni..
maybe danish terkene hujan 2..3 hari ni ..tula yang demam..

semalam pulak ibu sediakan alatan untuk kelas homeschool kita..
alang-alang tak boleh tido baik ibu manfaatkan untuk aktiviti kita..
nanti ibu sharekan gambar di n3 akan datang..sebab tak nak campur aduk kan..

ok walaupun demam..lepas bagi ubat dan sejukkan badan danish dan danish nampak kebah sikit...
semangat nak belajar dan beraktiviti tu macam danish lupa yang dia demam lagi hhehe
ibu pun tak halang..if danish nak dan larat nak buat kita buat..if tak sihat rehat aje ye sayang..

jadi kalau diikut jadual yang ibu buat (jadual ni pun ikut pada masa,keadaan,tahap yg sesuai)
hari ni kita akan belajar subjek BAHASA MELAYU..ibu masih tekankan bab bacaan,mampu mengenal,mampu menulis apa yang dah  dibaca)..

jadi kali ni kita mahirkan lagi dengan penggunaan G (ga,gi,gu, dan ibu tambah sikit..ge,go untuk lebih advance hehhe)

aktiviti pertama : membaca,mengingat,mengenal
alhamdullilah dah dapat baca dengan lancar..



aktiviti kedua: menulis di whiteboard tanpa melihat dibuku (teknik mengingat dan menulis)
gambar gasing kat  dan gigi tu ibu yang lukis..hehehe..
anak ibu sampai terdongak-dongak nak menulis..nak kena cari tools untuk danish panjat dan tulis nanti..dari apa yg tengok kaedah menulis di whiteboard ni agak berkesan.sebab kita bagi dia peluang untuk tunjukkan yang dia pun boleh tulis dan kita pun berlagak-lagak jadi murid dan dia jadi teacher hehhehe..vice versa..

lepas pada aktiviti ni..ibu bagi dia buat aktiviti bebas la...
aktiviti bebas yang dia nak buat jugak..mintak kerts a4 kosong..dan tulis di kertas..apa yang belajar tadi hhehe ingatkan nak mula bagi latihan menulis kat buku esok.dia lagi advance..dia tulis a-z (small & capital letter)....1-20....lukis shape (circle,square,triangle,rectangle,oval,star) 
hehhe..biarlah dia tengah rajin..janji dia seronok..

lepas siap semua tu ibu masukkan dalam file kerja dia..

dan sekarang upah dia tengok upin ipin kat laptop..


No comments:

Post a Comment