math



math (tulis nombor yg tertinggal)



ni aktiviti math yang danish buat sebelum demam haritu..



isi box yang kosong dengan nombor yang tertinggal di whiteboard dengan beberapa kali latihan ..
bermula dengan kotak kosong ditengah..didepan dan bahagian belakang..supaya danish mahir.



ni buat latihan di web pulak...
memang favourite danish lah ni..
lebih menarik kan ada gambar,suara..



alhamdullilah danish boleh buat sendiri..

dan dibawah ni jugak


post surat dengan arahan no yang diminta ..



math (mengira dan meletakkan pengepit bernombor)




ni alatan aktiviti belajar math (mengira ,meletakkan penyepit baju bernombor yang betul,motorskill rasanya..boleh rasa-rasa pulak ye..hhehhee ni belajar dari blog kak mahani..mamahomeschool)

mulanya danish buat nanti je..sebab danish pun demam kan..tapi anak ibu biasa la..banyak stamina..
so dia nak buat jugak..sambil-sambil melayan demam dia tu..

oleh kerana ibu tak beli lagi laminator + printer untuk projek homeschool kita,
jadi ibu guna bahan yang sedia ada.flashcard ni memang dah lama ibu beli..
jadi ibu cari kertas warna oren + tampal pada tulisan nombor tu + tulis pada pengepit baju (1-20)
jadi alhamdullilah boleh jugak kita gunakan..

jadi nilah hasil ibu tak tido malam semalam.. gunting,tampalkan dan tulis pada pengepit..

ni danish cuba selesaikan..

latihan mengira + mengecam/mengenal nombor + menyepit pengepit baju pada kad..(latihan no 1-12)


budak demam gigih mengira..alhamdullilah dapat kira dan beri jawapan yang betul 12/12..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dan dibawah ni projek ibu buat tengah malam semalam..

buat kad nama untuk danish belajar/latihan menulis nama sendiri..kita akan belajar 1..1 kad dulu ok..yang ni ibu gunakan kertas warna dan lekatkan di board keras..jadi tahan sikit..kalau ada laminator kan best kan..boleh laminade 

dan ibu buat jugak jadual kelas kita..biar bersistem sikit ye..(tapi jadual akan berubah mengikut masa,keadaan dan keperluan)


saja ibu buat hari tu didalam "shape" macam-macam..
sebab ibu tau danish suka melukis pelbagai shape lately..jadi mesti danish akan suka hhehhe..

dan ibu ada buat catatan didalam buku IBU..antara isinya:
- apa yang ibu telah ajar
-apa yang ibu akan ajar (termasuk latihan/aktiviti untuk danish)

jadi mudah sikit ibu punya tugas,sebab ibu dah tulis nota dalam buku ibu,jadi ibu hanya sediakan bahan dan terus ajar..tak payah ibu nak pikir-pikir lagi apa ibu nak ajar nanti.

dan ibu alihkan basikal senaman ibu yg sebelum ni kita letakkan di sebela almari tu,jadi nampak ruang kita lebih luas.dan ibu letakkan meja danish disitu..nanti waktu belajar kalau perlu guna meja kita akan alihkan ke tengah..


ruang masih sekangkang kera..tapi alhamdullilah kita selesa jugak menjalankan aktiviti kita ye sayang...syukur..


No comments:

Post a Comment