latihan membaca


bacaan santai




ibu saja je tuliskan perkataan-perkataan ni di whiteboard sebelum ibu tido malam-malam..
kadang-kadang lepas subuh baru tido..jadi ibu saja tulis,sebab ibu tau anak ibu akan bangun..
pergi keruang tamu..dan baca...

YES..seperti yang dijangka ibu..anak ibu suka nak baca dan tunjukkan pada ayah dia..
ayah kan selalu sibuk,jadi danish biasa la suka ayah bagi perhatian pada dia..
jadi dia baca kuat-kuat...
ayah senyum..dan cakap"very good!,pandai anak ayah"
syukur semua perkataan kat atas tu dia baca dengan lancar..
perkataan ni ibu tukar yang lain pulak bila lepas balik sekolah danish boleh baca santai-santai..hehhe

ibu tau dengan cara bacaan santai macam ni melatih danish jumpa aja apa-apa perkataan
di mana-mana saja..diluar rumah,dijalan raya (papan tanda) dan sebagainya dia akan baca..
ibu ingat aktiviti baca santai macam tu lah ibu selalu buat masa zaman kanak-kanak ibu..
dan ibu ceduk jugak aktiviti berfaedah yg ibu buat untuk ibu serapkan pada danish jugak..


aktiviti bacaan harian

   ini adalah aktiviti bacaan harian danish mengikut masa yang ada.contoh ada aktiviti luar kira cuti la hehehe,tapi biasanya aktiviti bacaan ni ibu praktikkan hari-hari supaya melatih danish mahir membaca dan minat membaca!

  



bacaan iqra ni memang kalau tak ada apa-apa memang danish akan baca hari-hari selepas solat maghrib dengan ibu.buat masa ni danish dah pandai baca sampai huruf YA.
disekolah pun teacher guna buku ni.teacher akan tandakan dan tuliskan tarikh untuk setiap kali danish baca disekolah.di rumah ibu ulang lagi dan polish lagi bacaan danish untuk memudahkan danish disekolah.malam ni danish baca lagi untuk huruf WAW..dan lancar bacaannya sebab dah habis pun sebenarnya bacaan iqra 1 dirumah.cuma disekolah teacher ikut pada masa yang ada.


dan aktiviti bacaan harian seterusnya (bacaan bahasa melayu)

buku siri bacalah anakku (hehhe buku yg ibu hadiahkan masa harilahir danish yg 1st)


alhamdullilah sebenarnya dah hampir habis buku 4 ni,tapi ibu ulang untuk polish bacaan danish dan mahirkan lagi.ibu lihat ada jugak kadang-kadang danish keliru sebutan BA dengan DA (sebab huruf kecil b dan d tu agak mengelirukan bagi danish)jadi ibu ulang lagi..supaya mahir.hari ni dah baca semua ayat diatas dengan agak lancar..syukur sayang!allah memudahkan..dan melancarkan lisan anak ibu..



BACAAN SAMPINGAN (ikut pada masa yang ada  dan tukar-tukar buku mengikut kesesuaian)



buku SAYA SEEKOR ANAK DINOSAUR..
aktiviti read aloud ni ibu buat dengan danish..mula-mula danish baca..dan ibu ikut..dan buat intonasi suara dan gaya..lepas tu danish pulak buat gaya macam ibu buat..seronok sungguh.buku ni danish pilih..nanti kita beli lagi ye..ada buku ketam,seorang polis,seorang ahli binaan,seekor burung,seekor itik hehhehehe..ibu saja beli sebuah dulu,bagi danish minat baca dan habiskan sebuah dulu..hari  ni danish dah baca page yang ke 4..alhamdullilah.

No comments:

Post a Comment