Monday, 19 March 2012

bahasa melayu bacalah anakku buku 5 (wa..wi..wu)

assalamualaikum..
beberapa hari jugak tak mengupdate blog ni..
dan danish pun bercuti seminggu..
aktiviti homeschool berjalan macam biasa..cuma agak ada banyak masa jugak ibu bagi pada danish
sebab cuti kan..so bagi rehat-rehat sikit ala-ala sistem pembelajaran diluar negara..kalau sekolah..anak-anak kena belajar betul-betul..bila cuti pulak..cuti secutinya hehhehe

tapi takde la pulak sampai danish boleh tinggal semua buku-buku dia ..
latihan membaca bahasa melayu..iqra semua berjalan seperti biasa..

ok hari ni ibu update dengan bacalah anakku...
syukur danish dah hampir habiskan buku 5..bermakna tinggal lagi 3 buku untuk set ini..yeahhh
berkat kesungguhan danish ibu nampak juga hasilnya..u didi a good job darling..im proud of u..and fighting and fighting to finish all this set of bacalah anakku..as we said "i can do it"..and ibu believe that U CAN DO IT...ABSOLUTELY!




ni bawah ni..video latihan membaca..malam ni baru kenalkan bacaan wa..wi..wu..
terus sekali..dan ibu rekodkan..hehhehe..
abaikan suara ibu yang menggerunkan tu..
.
.
.
.
.



notaibu:sekarang ibu agak rasa lega sikit..sebab danish dah nampak progress dalam bacaan danish..ingat pengalaman masa mula2 belikan danish set ni..betapa  ibu sendiri tak yakin nak ajar danish sistem fonetik(phonic) ni...ibu sendiri pun rasa kekok nak eja..apatah lagi nak ajar anak ibu..
alhamdullilah syukur danish..walaupun masih belum mahir sepenuhnya tapi kita dah boleh tersenyum sedikit..sebab teknik nya kita dah faham..bagi ibu-ibu yang ingin juga anaknya mahir membaca mengikut sistem phonic..boleh juga kongsi-kongsi tips ye..

dan terbaru adalah jiran chinese  kami yang anaknya bersekolah darjah 4..tapi belum boleh membaca..sangat kesian..ibu ajak dia datang kerumah kalau ada masa hari-hari lepas sekolah(sekiranya ibu ada masa)..ibu ingat nak luangkan sikit masa lebih kurang 15 minit sehari ajar dia membaca guna buku bacalah anakku..ajar secara percuma aja..semoga dapatlah membantu dia pandai membaca juga..dan menambah semangat  dan  minat danish untuk sama-sama belajar menjadi lebih baik..

Saturday, 17 March 2012

FBI




alhamdullilah sabtu lepas danish,ayah dan ibu join seminar selama 2 jam
oleh coach sha & coach ridz (they're husband and wife motivator)
program ni anjuran genius aulad bertempat di GA sri permaisuri cheras..

bagi ibu bukan lah alasan jauh..atau apa,tapi manfaat yang akan kita dapat hehhehe
alhamdullilah ayah yg  mulanya agak malas nak join dengan ibu..berjaya ibu bawa sekali..
baru lah adil kan kita sama-sama dengar dan memotivasikan diri kita.. untuk siapa??..semuanya untuk kita!

hhehehe best cara coach berdua bawa kami parent2 ikut dan beri tumpuan dalam seminar dorang..
tak membosankan dan sangat2 fun..
dan dibawah ni adalah gambar yang ibu ambil dari fb GA bdr sri permaisuri..kredit to them!


coach ridz




coach sha










we all 20 family join this fbi!




semoga kami sekeluarga dapat memanfaatkan tips yg di berikan..insyallah lepas ni ada program yg bermanfaat spt ni..ibu akan cuba sedaya upaya untuk kita join ye..


antara tips yg diperolehi:


1.praktis kan dirumah,dimana-mana untuk lebih yakin dan berani 


2.jangan takut untk membuat kesalahan grammar..kerana kesalahan tersebut la akan dapat kita kesan dan belajar lagi supaya dapat memperbaiki kesilapan..


3.gunakan teknik catching more words..


4.tukar program tv/radio kepada english program..tukar supaya anak dan family dapat mendengar,praktis dan bercakap..


apapun sebenarnya kena SELAMBA..tu je yg coach pesan...bila kita malu-malu kita takkan cuba bercakap kerana terlalu berhati-hati takut membuat kesilapan..betul!itulah yang ibu hadapi..
lepas ni insyallah kita praktis dari yg kurang kepada yg lebih baik insyallah..


dan kami ada jugak beli buku family fasih bahasa inggeris dari coach..dalam tu adalah tips2 untuk kita lebih yakin bercakap..dan memahami english...
1 sebab paling utama...


WALAUPUN KITA RASA BUAT APA NAK MARTABATKAN BAHASA ASING???..APAKAH KITA AKAN COMMUNICATE DENGAN BANGSA ASING DENGAN BAHASA MELAYU YG MEREKA LANSUNG TAK FAHAM??..KALAU KITA KE LUAR NEGARA?KALAU KITA BERJUMPA DENGAN FOREIGNER YG DATANG KE MALAYSIA?...JADI SEKURANG-KURANGNYA KITA MAMPU BERCAKAP DI MASA KECEMASAN SEKURANG-KURANGNYA..IF DAPATMAHIR LAGI BEST KAN...

Wednesday, 7 March 2012

math (tulis nombor yg tertinggal)

ni aktiviti math yang danish buat sebelum demam haritu..



isi box yang kosong dengan nombor yang tertinggal di whiteboard dengan beberapa kali latihan ..
bermula dengan kotak kosong ditengah..didepan dan bahagian belakang..supaya danish mahir.



ni buat latihan di web pulak...
memang favourite danish lah ni..
lebih menarik kan ada gambar,suara..



alhamdullilah danish boleh buat sendiri..

dan dibawah ni jugak


post surat dengan arahan no yang diminta ..


english phonic A (ae)

assalamualaikumwarahmatullah..

alhamdullilah anak ibu dah mula sihat dari demam..
dan aktiviti homeschool kita teruskan hari ni dengan subjek math dan english..

math hari ni ibu buat aktiviti ringan-ringan je..
aktiviti ni danish dah buat sebelum ni..
jadi kita praktis lagi mengira..

dan ada jugak danish buat aktiviti di web nanti ibu upload n3 untuk math  kemudian..

so untuk phonic hari ni..dari buku bacaan read easy english
danish belajar A(ae)..

a..for

alligator
astronaut
apple
ant
arrow

aktiviti hari ni:membaca dari buku read easy..jump2 n sound ae ae ae..run-run and says ae ae ae..hehhe..lepas tu write,draw and colour dalam buku tulis untuk english.insyallah esok untuk mahirkan lagi ibu nak suruh tulis ,lukis di atas drawing block pulak..dan tampal kan di wall belajar danish..supaya santai-santai boleh tengok dan baca..

ni pic sebelum danish mula nak menulis dalam buku.

tu ha dalam cage ada student baru kelas kami..hhehehe..
jap nak close up sikit picnya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




tengok la tu bukan main relax lagi dalam bekas tu..
kitten ni datang mengiau2 depan pintu rumah kami..lama sangat..rasanya tersesat ke atau ada orang buang..kesian kan dia..ibu ambik sangkar..mandikan dia ngan air suam 1st day datang tu malam pukul 11pm..baru wangi sikit heheh..

danish sayang sangat  kitten ni..nama tak bagi lagi..kejap panggil pucin..kejap itu kejap ni..hehhe
manja sangat..ibu ambik bela jugak..kesian..nanti dah besar sikit lepas la dari cage tu..malam-malam letak luar rumah..boleh lah jadi kawan danish...sama-sama macam spring..main kejar kejar ngan kitten..kitten pun gedik-gedik hehhehe






Friday, 2 March 2012

school trip on march (genius aulad)

insyallah penghujung march ni genius aulad ada buat trip ke KIDZANIA kl..di the curve,damansara..
dan danish pun macam tak sabar nak pergi..ibu dah pun buat bayaran 
dan kita tunggu tarikh yang dijanjikan..
excited sangat anak ibu..
kidzania ni dah ada kat negara lain..
dari apa yg ibu tengok tempat ni macam city untuk kanak-kanak merasai dunia sebenar..
dunia kehidupan..ada bank,stesen minyak,factory dan macam-macam la..

ibu harap dapat lah tengok gambar dia dengan kawan-kawan nanti..

kidzania ni mula dibuka end of februari..
nanti kalau danish suka kita boleh pergi lagi dengan ibu dan ayah..

jom usha-usha gambar kidzania luar negara jugak..pic ni ibu copy dari page fb kidzania kuala lumpur



kidzania japan



ni malaysia punya kot..air asia pun turut serta program kidzania..kalau tak silap







ibu pun excited jugak tengok..tak sabar nak bagi danish join trip sekolah tu hehhe..
and mesti danish happy sebab pergi dengan kawan-kawan..



math (mengira dan meletakkan pengepit bernombor)


ni alatan aktiviti belajar math (mengira ,meletakkan penyepit baju bernombor yang betul,motorskill rasanya..boleh rasa-rasa pulak ye..hhehhee ni belajar dari blog kak mahani..mamahomeschool)

mulanya danish buat nanti je..sebab danish pun demam kan..tapi anak ibu biasa la..banyak stamina..
so dia nak buat jugak..sambil-sambil melayan demam dia tu..

oleh kerana ibu tak beli lagi laminator + printer untuk projek homeschool kita,
jadi ibu guna bahan yang sedia ada.flashcard ni memang dah lama ibu beli..
jadi ibu cari kertas warna oren + tampal pada tulisan nombor tu + tulis pada pengepit baju (1-20)
jadi alhamdullilah boleh jugak kita gunakan..

jadi nilah hasil ibu tak tido malam semalam.. gunting,tampalkan dan tulis pada pengepit..

ni danish cuba selesaikan..

latihan mengira + mengecam/mengenal nombor + menyepit pengepit baju pada kad..(latihan no 1-12)


budak demam gigih mengira..alhamdullilah dapat kira dan beri jawapan yang betul 12/12..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dan dibawah ni projek ibu buat tengah malam semalam..

buat kad nama untuk danish belajar/latihan menulis nama sendiri..kita akan belajar 1..1 kad dulu ok..yang ni ibu gunakan kertas warna dan lekatkan di board keras..jadi tahan sikit..kalau ada laminator kan best kan..boleh laminade 

dan ibu buat jugak jadual kelas kita..biar bersistem sikit ye..(tapi jadual akan berubah mengikut masa,keadaan dan keperluan)


saja ibu buat hari tu didalam "shape" macam-macam..
sebab ibu tau danish suka melukis pelbagai shape lately..jadi mesti danish akan suka hhehhe..

dan ibu ada buat catatan didalam buku IBU..antara isinya:
- apa yang ibu telah ajar
-apa yang ibu akan ajar (termasuk latihan/aktiviti untuk danish)

jadi mudah sikit ibu punya tugas,sebab ibu dah tulis nota dalam buku ibu,jadi ibu hanya sediakan bahan dan terus ajar..tak payah ibu nak pikir-pikir lagi apa ibu nak ajar nanti.

dan ibu alihkan basikal senaman ibu yg sebelum ni kita letakkan di sebela almari tu,jadi nampak ruang kita lebih luas.dan ibu letakkan meja danish disitu..nanti waktu belajar kalau perlu guna meja kita akan alihkan ke tengah..


ruang masih sekangkang kera..tapi alhamdullilah kita selesa jugak menjalankan aktiviti kita ye sayang...syukur..




latihan membaca bacalah anakku 4..(g..ga,gi,gu,ge,go)

hari ni anak ibu, danish demam dan bangun pagi badan panas sangat,
jadi ibu call sekolah dan inform yang danish tak dapat kesekolah hari ni..
maybe danish terkene hujan 2..3 hari ni ..tula yang demam..

semalam pulak ibu sediakan alatan untuk kelas homeschool kita..
alang-alang tak boleh tido baik ibu manfaatkan untuk aktiviti kita..
nanti ibu sharekan gambar di n3 akan datang..sebab tak nak campur aduk kan..

ok walaupun demam..lepas bagi ubat dan sejukkan badan danish dan danish nampak kebah sikit...
semangat nak belajar dan beraktiviti tu macam danish lupa yang dia demam lagi hhehe
ibu pun tak halang..if danish nak dan larat nak buat kita buat..if tak sihat rehat aje ye sayang..

jadi kalau diikut jadual yang ibu buat (jadual ni pun ikut pada masa,keadaan,tahap yg sesuai)
hari ni kita akan belajar subjek BAHASA MELAYU..ibu masih tekankan bab bacaan,mampu mengenal,mampu menulis apa yang dah  dibaca)..

jadi kali ni kita mahirkan lagi dengan penggunaan G (ga,gi,gu, dan ibu tambah sikit..ge,go untuk lebih advance hehhe)

aktiviti pertama : membaca,mengingat,mengenal
alhamdullilah dah dapat baca dengan lancar..



aktiviti kedua: menulis di whiteboard tanpa melihat dibuku (teknik mengingat dan menulis)
gambar gasing kat  dan gigi tu ibu yang lukis..hehehe..
anak ibu sampai terdongak-dongak nak menulis..nak kena cari tools untuk danish panjat dan tulis nanti..dari apa yg tengok kaedah menulis di whiteboard ni agak berkesan.sebab kita bagi dia peluang untuk tunjukkan yang dia pun boleh tulis dan kita pun berlagak-lagak jadi murid dan dia jadi teacher hehhehe..vice versa..

lepas pada aktiviti ni..ibu bagi dia buat aktiviti bebas la...
aktiviti bebas yang dia nak buat jugak..mintak kerts a4 kosong..dan tulis di kertas..apa yang belajar tadi hhehe ingatkan nak mula bagi latihan menulis kat buku esok.dia lagi advance..dia tulis a-z (small & capital letter)....1-20....lukis shape (circle,square,triangle,rectangle,oval,star) 
hehhe..biarlah dia tengah rajin..janji dia seronok..

lepas siap semua tu ibu masukkan dalam file kerja dia..

dan sekarang upah dia tengok upin ipin kat laptop..