Tuesday 3 April 2012

mukasurat terakhir buku bacalah anakku 6

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..
syukur danish dah berjaya habiskan bacaan untuk buku 6..
insyallah esok kita mulakan dengan buku baru iaitu dari set siri bacalah anakku 7..
yahoo..ibu pun turut happy jugak..macam ibu dapat hadiah yang bernilai..
bila anak ibu tunjuk peningkatan dalam bacaan..

esok kita dah mula melangkah ke buku 7..tinggal sebuah buku lagi untuk set ni(semua ada 8)
lepas habis set ni..aktiviti harian untuk bacaan kita akan mula membaca 1hari 1 bahan bacaan 
antaranya buku-buku cerita yang dah kita beli,surat khabar,majalah,bacaan dari website dan lain-lain..seronoknya kan bila danish dah dapat membaca..banyak ilmu yang danish akan dapat dari bacaan nanti sayang..percayalah cakap ibu hheheh

ohhhh reward untuk kali ni,sekiranya danish berjaya menghabiskan bacaan dari set 1-8..insyallah ibu akan bawa danish ke genting highland..di themepark..kalau ada rezeki kita bermalam disana dan danish boleh main puas-puas..lama dah danish tak pergi..last masa umur setahun lebih.
ibu buat reward supaya bagi semangat untuk anak ibu..walaupun sebenarnya kita boleh pergi bila-bila masa saja..tapi bila dah jadi reward..semangat nak habiskan dan mahir membaca bertambah-tambah..fighting..fighting hheheheheh

jadi hari terakhir buku 6 ini ibu ada rakamkan video bacaan mukasurat terakhir  tersebut..
link video di bawah ni:







.
.
.
.
.
.

esok mula baca buku dibawah ni..buku 7 yeahhhhhhhh..
.
.
.
.
.
.
.
.
.



notaibu: aktiviti bacaan bacalah anakku ini kami buat setiap hari..sebelum pergi sekolah disebelah pagi dan sebelah  malam untuk ulang dan mahir..biasanya malam lepas solat maghrib kami mulakan bacaan iqra + bacalah anakku + (homework g.a/homeschool activities) nampak macam padat sangat kan jadual kami..hheeheh biasanya masa yang diambil lebih kurang 1/2 jam je..tak lama dan tak membebankan pun..hhehhe

oh..ada lagi berita yang ibu nak share kan..anak jiran cina kami yang dlm darjah 4 yang masih belum pandai membaca dah  nak masuk buku 3 siri bacalah anakku..ibu yang ajarkan..alhamdulillah semoga memberi manfaat kepada nya..gembiranya ibu dengar,budak yang menangis masa di kelas,di tuisyen seronok belajar membaca dgn ibu..syukur!alangkah seronoknya kalau danish pun ada adik ,boleh ibu ajar dan danish boleh belajar bersama-sama..ibu minta kawan yang pergi umrah mengirimkan doa..semoga allah memberi ibu zuriat yang soleh seperti danish..dan solehah juga..rasa macam rindu nak main dgn baby..hehe

No comments:

Post a Comment