Monday 27 February 2012

aktiviti mengemas ruang belajar

sementara ada masa sikit ni boleh lah ibu update aktiviti dengan danish.semalam ibu dan danish kemas kawasan belajar danish.mula-mula ibu pikir nak tempatkan danish belajar di salah sebuah bilik dirumah kita,tapi nanti mesti danish bosan kan dalam bilik tu..so ibu pikir takpa lah ambik space sikit di ruang tamu.


    jadi,ibu alihkan sikit sofa ketepi dan buat ruang sikit untuk danish belajar disitu,boleh letak meja belajar danish yg comel (nanti nak beli yg lebih tinggi dan besar sikit +ada kerusi untuk lebih selesa) insyallah,dan ibu ambik rak untuk letak buku-buku bacaan harian danish disitu,supaya senang dan mudah danish nak ambik bila-bila masa danish nak baca.dan ibu pesan danish susun elok-elok lepas baca semua buku tu hehhehe.ada jugak sebahagian buku ibu simpan dalam kotak biru tu untuk aktiviti dan pembelajaran akan datang.walaupun ruang yang ada tak berapa besar.tapi ibu percaya sedikit sebanyak kita ada ruang untuk beraktiviti.insyallah kita akan pertingkatkan lagi dimasa akan datang ye danish..


   jom tengok sudut belajar kami yang tak seberapa lengkap lagi,tapi syukur ada juga hehhe..










ibu bagi menulis jugak kat whiteboard,supaya minat menulis bertambah..ni lepas latihan membaca


ni ha sudut buku bacaan,beg sekolah pun ada kat situ heheh,lukisan yang danish warnakan dengan watercolour pun ibu gantungkan disitu dan dalam kotak biru tu separuh bahan-bahan aktiviti,buku latihan yang belum ibu keluarkan lagi ibu simpan disitu..sudut bacaan ni ibu letakkan berdekatan dengan sudut belajar kita yg sekangkang kera tu hehhehe..bersyukur juga la kita ada ruang walaupun hanya sekangkang kera


SELAMAT BELAJAR ANAK IBU MUHAMMAD DANISH AZRIMIE..
nanti setiap bulan kita jalan-jalan ke bookstore dan beli buku bacaan dan buku latihan baru untuk danish ye..boleh baca dan mahirkan..

setakat ni ibu banyak merujuk dari kak mahani dan insyallah buat permulaan ibu akan ikut aktiviti yang dia jalankan untuk anak-anaknya..terima kasih kak mahani kerana perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat untuk ibu-ibu seperti ibu ni..
link kak mahani disini..boleh klik dan manfaatkan bersama http://wwwmamahomeschool.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment