Monday 27 February 2012

shopping barang-barang belajar



alhamdullilah..hari sabtu lepas ibu,danish dan ayah keluar jalan-jalan,
memang niat ibu nak keluar beli bahan bacaan untuk danish azrimie dan nak didik menjadi seorang yang suka membaca macam ibu hhehehhehe.kerana bagi ibu sifat rajin membaca akan menjadikan penambahan ilmu kita bertambah secara formal dan tidak formal.sebab minat membaca yang ibu dapat dari ayah ibu dimasa kecil membuatkan minat terhadap pelbagai bahan bacaan waktu ibu dewasa dan ibu akui hasil dari pembacaan ibu banyak mendapt ilmu dan info berguna untuk kehidupan..jadi ibu nak anak ibu danish juga MINAT MEMBACA ye..

jadi ibu bagi peluang danish memilih dan ibu beri pilihan tajuk mengikut minat danish,
semua buku bacaan diatas ibu beli untuk versi bahasa melayu,sebab disekolah baru-baru ni ibu dah order buku bacaan english dari  grolier publishing.ada dalam 6 buah buku kalau ibu tak silap.insyallah teacher akan serahkan nanti.nanti ibu share kat sini ye.

buku bacaan bahasa melayu yg kita beli tu ibu harap dapat polish bacaan danish,sebab dirumah ibu ajar ikut kaedah bacalah anakku,walaupun baru nak buku 4,tapi syukur danish dah nampak perkembangan dengan bacaan danish.oh dah 2 hari danish suka sangat baca buku SAYA SEEKOR ANAK DINOSAUR..tiap hari ibu hanya suruh danish baca 1 page aje sambil ibu dengar,ikut dengan intonasi hehhe buat gaya..supaya danish suka dan tak jemu!

dan ibu jugak belikan danish ZOO PUZZLE (setakat 2 hari beli ni rasanya dekat 20 kali danish bat sehari..excited sangat hehhe),ibu belikan juga buku latihan menulis huruf besar &huruf kecil supaya danish dapat melatih lagi penulisan walaupun danish dah pandai tulis A-Z huruf kecil dan besar,tapi ibu nak danish bertambah mahir,ibu belikan jugak white board untuk ibu mudah mengajar..jadi kita dapat belajar bersama-sama ye..






No comments:

Post a Comment