Wednesday 28 March 2012

sedikit tips untuk bakal parent mencari sekolah tadika untuk anak

assalamualaikum..dan salam pagi..
hari ni pagi-pagi lagi danish dah pergi trip GENIUS AULAD..ke KIDSZANIA..
nanti if ada gambar teacher ambik kat sana ibu akan upload nanti ye..

ok ni cerita petang semalam..
lepas ambik danish balik dari school kami bertiga makan cendol+pulut sedap..antara cendol tersedap di kl...cukup lemak manisnya..walaupun ibu baru lega demam..tetap teringin nak makan cendol tu jugak.

sambil -sambil sembang dengan penjual cendol tu,tanya pasal persekolahan anak masing-masing,
kakak penjual tu cerita anak dia sekolah kindergarden cina di kawasan sri damansara tu jugak..katanya sekolah tu ok..dan ibu tanya jugak ada tak tuisyen..katanya ada dan dia bagi ibu direction nak pergi sekolah tu..ibu pun rasa ada masa dan saja nak tengok...


perkara yang best bila kita pergi melawat sekolah diwaktu sekolah masih beroperasi..
kita boleh lihat keadaan sebenar..dibawah ini ibu nyatakan keadaanya..


1.mula-mula tengok dari luar pagar nampak tenang je..walaupun dari jauh nampak macam orang ramai


2.masuk je nak jumpa principal,keadaan macam kelam kabut..sebelah kanan budak-budak nursery bawah dari umur 5 tahun tengah bermain-main merata-rata..suasana riuh rendah..principalnya pulak dok mengendong sorang baby(principal memakai baju ala-ala maid)..sebelah kiri pulak kelas untuk student 4..dan 5 tahun sebelah pagi dan petang pulak tuisyen untuk budak 5..6 dan nampak jugak budak-budak yang besar.principal kata tuisyen 1/2 jam sehari..
saya tanya now student tengah tuisyen ke?...dia kata YA...
subhanallah..macamana nak tuisyen saya tengok budak2 nursery pun dah terlepas sambil main-main keliling meja dan suasana macam pasar!!!!!!..


principal ada kata budak nursey balik petang...memang ramai budak nursery..suasana riuh yang tak terkawal...KELAM KABUT..


3.walaupun agak rasa tawar hati memang dah ada,tapi saya gagahkan jugak tengok silibus pembelajarannya..ok silibusnya..nampak tough..


4.dan ada satu benda ni yang saya amat tidak berkenan...tokong sembahyang tu didepan pintu masuk sebesar-besarnya!saya anggap aura untuk budak seumur 5 tahun macam anak saya tidaklah SESUAI..dan anak saya jenis yang suka meniru perbuatan orang kadangkala..kemungkinan besar dia akan merasakan apa yg teacher buat itu adalah betul..jadi untuk saya,environmentnya saya kata TIDAK!


5.bab makanan pun satu hal..kalaupun kita bekalkan makanan untuk anak kita..(tadika harian)selamatkah anak kita dikelilingi kawan yg majoriti chinese dan mungkin membawa makanan yang tidak halal(bukan isu perkauman tetapi isu halal)


KESIMPULANNYA...TIDAK!memang pendapat menyatakan setiap sesuatu itu ada pro n con nya..tapi bagi saya banyak negatif dari positif..
kemungkinan besar..saya akan ke cefl (cambrige english ) atau ke english program smart reader saja..kalau diberi pilihan untuk memilih tadika tersebut sebagai tadika harian pun saya tidak akan memilihnya..MUKTAMAD


jadi kepada parent-parent yang ingin menghantar anak ke tadika akan datang..sedikit panduan saya boleh kongsikan berdasarkan pengalaman..


1.buat pilihan untuk aliran pembelajaran anak samada english-agama/agama sahaja/english/mandarin english atau apa-apa aliran


2.buat lawatan sebelum mula mendaftar.pergi ke sekolah tersebut semasa sesi sekolah berjalan.dari situ dapat melihat keadaan sebenar dihari persekolahan.(suasana/keselamatan dan lain-lain)


3.carilah sekolah yang tak terlibat dengan penjagaan nursery.sebab bila disatukan dalam 1 rumah..memang keadaan macam kelam kabut dan akan ada gangguan semasa anak belajar nanti


4.sebelum mula membayar yuran..CUBA MINTA TRIAL CLASS..dalam 1 week atau 1 month..supaya kita dapat lihat anak kita serasi atau tak dengan silibus dan keadaan sekolah tersebut.


5.bila membayar yuran tahunan..JANGAN BAYAR SAMPAI HUJUNG TAHUN..kalau boleh bayar semester pertama je dulu..jangan bayar sampai habis.biasanya bila kita rasa tidak serasi..dan nak keluarkan anak dari sekolah tersebut yuran yang baki tidak akan dipulangkan..jadi ibu bapa jangan kita rasa nak MUDAH bayar semua sekali..akhirnya jika berlaku sesuatu mudah itu sebenarnya merugikan!


6.bab makan pulak..awal-awal kena tanya..menu biasa nya apa?..bukan kita terlalu fussy..tetapi KENA FUSSY!..halal?(kalau sekolah bukan islam pentadbirnya),atau pun kalau diberi peluang kita jalan-jalan tengok pada dinding sekolah.biasa menu jugak ditampal kalau kita bernasib baik boleh tengok hehehhe..saya tidak fussy..tetapi saya fussy sekiranya..disekolah selalu anak saya diberikan coklat..biskut ..kek dan manisan-manisan yang memang jarang dibagi dirumah..sebab dirumah ada had pengambilannya..walaupun biasa disekolah kalau sesi petang biasa mereka menyediakan snek..tapi bagi saya snek perlulah snek yang berkhasiat!


ok ..nanti sambung lagi..if ada tips-tips lain akan saya kongsikan disini lagi.semoga sedikit sebanyak menjadi panduan untuk bakal2 ibu bapa yg ingin menghantar anak-anak ke sekolah tadika..



1 comment:

  1. sigh...nak pilih sekolah tadika pon pening...mama br pindah dr Sarawak ke setapak..sgt culture shock
    terjumpa 1 tadika yg well established kat compound condo..sgt Montessori..skli subjek agama nya 2 jam seminggu..n ratio student/ teachers >20: 1
    sangat tak sanggup...so sy pilih tadika lain yg tak berbrand tp dah lama operate..n Islamic...

    ReplyDelete