Sunday 15 April 2012

shopping alatan homeschool kami


printer

laminator

alhamdullilah..syukur kepada allah,benda yang jarang ibu guna dulu..
sangat lah ibu perlukan untuk bahan pembelajaran di homeschool kami iaitu printer dan laminator.minggu lepas ibu beli printer.dan selesai 1 bab.dan kami mula buat bahan guna printer.
ibu pun mula print bahan-bahan homeschool kami macam latihan bahasa,english,agama-arabic.sangat berguna untuk kelas kita.

mula lah eksperimen ibu nak buat flashcard..mula-mula print bahan guna kertas a4 bewarna(thin paper)..kertas lembut tu sangat la mudah rosak kan.jadi ibu beli kertas board keras untuk jadi pelapik kertas warna tadi..memotong..menampal..dan hasilnya ok juga.tapi bahan cepat rosak bila 2..3 kali guna dan kos kertas tebal sekeping kira2 rm4-5 sangatlah tidak praktikal..cepat rosak dan kos juga disamping ambil masa yang lama nak siapkan.
jadi agak berbaloi untuk dapatkan sebuah LAMINATOR..(lagipun memang dah biasa tengok hasil kerja kak mahani mamahomeschool guna untuk kelas mereka.sangat praktikal!
dan kami beli untuk kertas paling besar A4..harga sangat berpatutan rm 108 di tesco.

dan hasilnya ..


atas flash yang dilaminate
bawah yang ditampal board..
hasilnya lebih bagus hasil yang telah dilaminate..
nanti-nanti boleh guna untuk anak-anak akan datang juga..insyallah..

dan macam biasa kalau keluar jalan-jalan mesti ternampak kawasan menjual buku..
ibu tengok buku ni boleh membantu untuk latihan membaca dan MENULIS !


perhatian:
nota untuk ibu-ibu lain (kawan-kawan ibu yang berminat nak gunakan sistem bacalah anakku)
ibu dapat kesan 1 masalah yang sepatutnya ibu ambil perhatian dari awal.dan proses pembelajaran lebih mudah dan memudahkan..
anak ibu pandai baca!
tapi bila suruh tulis...TAK BOLEH TULIS

contoh ayat yang senang je (ga,ja,la,ma,na,) senang je kan??..boleh dibaca..
tapi bila suruh tulis memang pening-pening..jadi langkah pada ibu-ibu yang baru nak mengajar anak membaca menggunakan sistem apapun..amalkan langkah dibawah:ibu hanya berkongsi berdasarkan pengalaman ibu sahaja.mungkin orang lain cara berbeza.tapi kalau boleh bermanfaat untuk org lain boleh lah gunakan..

1.ajar anak menulis huruf besar dan huruf kecil dahulu..contoh Aa....hingga Zz..ibu dan danish guna alat yang tulis dan padam-padam tu.jadi boleh guna dan padam.hari-hari tulis sampai mahir.contoh hari ni tulis a..tulis a hari ni..dan ulang lagi esok..tambah huruf baru setiap hari..dan latihan menulis hari-hari akan bermula dari huruf a..hingga huruf yang terbaru diajar tulis contoh Mn.sambil-sambil tu boleh buat latihan uji IQ..suruh anak menulis secara rawak (cara ni yg ibu guna untuk anak ibu)

2.mula ajar membaca dengan sistem fonetik (phonic) atau ejaan sebut huruf.bagusnya sistem phonic.sebut bunyi terus..a contoh aaaa..macam sistem bacaan iqra.(tapi payah nak mengeja dan menulis)..sistem sebut huruf pulak.nak mengeja lambat dan nak menulis mudah.sebab sebut huruf terang-terang.terpulang pada ibu-ibu semua nak ikut cara yang selesa.bagi ibu..mudah kalau faham 2 sistem.nanti memudahkan.

3.ajar menulis setiap subjek yang kita ajar membaca.contoh hari ni kita ajar sukukata vokal a\A..
contoh : ba..da..ca..ga..ja..ka..la ajar tulis semua tu.ajar sekali BACA dan TULIS.mudah dan cepat sistem macam tu.

kesilapan ibu adalah..mengajar membaca semua dulu.lepas tu baru nak ajar tulis.perit jugak tapi ibu takkan putus asa.ibu akan buat jugak walaupun ambik masa lagi untuk faham.dan kami dah mula menulis selama beberapa hari ni..syukur danish dah mula nampak dan dapat bezakan ejaan terus menulis di buku latihan,whiteboard dan buat latihan IQ


dibawah ni antara latihan yang ibu print di website untuk latihan danish
untuk english tu ibu buatkan flashcard..dan latihan menulis tu ibu buat juga..jadi boleh membaca english dan menulis.

dan buku hijau ibu print bahasa untuk tulisan bahasa arab






dan untuk bahasa arab


ni sebahagian yang ibu telah print dan buku kan.mudah untuk danish buat rujukan dimasa akan datang..

notaibu:nanti insyallah ibu akan sharekan link blog prasekolah yang banyak berkongsi idea pelajar pra.dan sangat banyak perkongsian yang mereka buat.ibu sangat menghargainya..dan ibu suka juga berkongsi dengan kawan-kawan..



No comments:

Post a Comment